iCAUR V23 Kini Dipasang Secara Tempatan Dengan Spesifikasi & Kualiti Setara Versi CBU

LocalCars
20 Jul 2026 • 10:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

iCAUR V23 Kini Dipasang Secara Tempatan Dengan Spesifikasi & Kualiti Setara Versi CBU

iCAUR V23 Kini Dipasang Secara Tempatan Dengan Spesifikasi & Kualiti Setara Versi CBU

iCAUR Malaysia memperkenalkan iCAUR V23 versi pemasangan tempatan (Completely Knocked Down atau CKD), yang dijangka mula tiba di bilik pameran pengedar sah menjelang akhir bulan ini. Langkah ini menyusuli perkembangan positif iCAUR selepas muncul sebagai salah satu daripada tiga jenama teratas dalam segmen kenderaan elektrik bateri (BEV) di Malaysia bagi separuh pertama 2026.

Image from: iCAUR V23 Kini Dipasang Secara Tempatan Dengan Spesifikasi & Kualiti Setara Versi CBU

Pengeluaran iCAUR V23 CKD bermula secara rasmi pada Julai, sekali gus menjadi satu lagi perkembangan penting dalam perancangan jangka panjang iCAUR Malaysia untuk pasaran tempatan. Pemasangan tempatan membolehkan iCAUR mengurus bekalan dengan lebih baik dan mengembangkan kehadirannya secara lebih strategik, sambil terus menawarkan EV beridentiti tersendiri yang praktikal untuk kegunaan harian.

iCAUR V23 iWD CKD mengekalkan spesifikasi dan tahap kualiti yang sama seperti versi import sepenuhnya (Completely Built-Up atau CBU), dengan harga asalnya turut dikekalkan pada RM132,780.

Image from: iCAUR V23 Kini Dipasang Secara Tempatan Dengan Spesifikasi & Kualiti Setara Versi CBU

“Bagi kami, CKD bukan sekadar satu pencapaian dalam pengeluaran, tetapi mencerminkan komitmen kami terhadap pasaran Malaysia. V23 membuktikan bahawa pengguna tempatan bersedia menerima EV yang mempunyai identiti dan personaliti tersendiri. Pemasangan tempatan membolehkan kami memenuhi permintaan pasaran dengan lebih cekap, memastikan bekalan yang lebih terjamin serta mengekalkan harga yang kompetitif tanpa mengubah karakter asal model ini,” kata Encik Francis Chin, Pengarah Kanan iCAUR Malaysia.

Image from: iCAUR V23 Kini Dipasang Secara Tempatan Dengan Spesifikasi & Kualiti Setara Versi CBU

iCAUR V23 terus tampil menonjol menerusi gaya ikonik Boxy Retro Classic, yang menggabungkan imej lasak dengan tarikan moden sebuah EV. Pelanggan serta peminat kenderaan elektrik dijemput mengunjungi bilik pameran iCAUR terdekat menjelang akhir Julai untuk melihat sendiri iCAUR V23 CKD dengan lebih dekat serta menempah sesi pandu uji.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved