Icon of the Seas Kini Pemegang Takhta Kapal Persiaran Terbesar Dunia

TechnologyDigital
30 Jun 2023 • 12:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Takhta kapal persiaran terbesar dunia berpindah tangan dari Wonder of the Seas ke Icon of the Seas. Kapal di bawah Royal Caribbean ini akan memulakan operasi pada Januari 2024 dengan ia mempunyai sesaran 250,800 ton air. Ia baru sahaja selesai menjalani proses ujian pelayaran dengan ia pemasangan komponen terakhir akan diteruskan di Finland.

image is not available

Icon of The Seas boleh membawa sehingga 7600 penumpang dan 2350 anak kapal. Apabila beroperasi kelak ia akan mempunyai 20 geladak, 7 kolam renang, taman air terapung terbesar dunia, geluncur air atas kapal terpanjang dunia dan juga air terjun buatan manusia tertinggi di atas kapal persiaran.

Unik juga pada Icon of The Seas ialah penggunaan bahan api LNG yang menjadikannya lebih lestari berbanding kapal persiaran lain yang masih menggunakan diesel. Royal Caribbean adalah pemegang enam rekod kapal persiaran terbesar dunia berturut-turut bermula dengan Oasis of The Sea pada tahun 2009. Baru-baru ini mereka menjadi pelanggan terawal sistem internet pantas SpaceX Starlink untuk kegunaan maritim.

image is not available

Ketika Covid wujud spekulasi mengenai kapal ini kerana permintaan yang rendah dengan pembinaan hanya dimulakan pada tahun 2021 di limbungan Meyer Turku di Finland. Royal Caribbean akan membawa penumpang Icon of The Seas berlayar selama 7 malam di perairan Caribbean sebelum pulang ke pelabuhan Miami.