ICQ Akan Ditamatkan Operasi Pada 26 Jun

TechnologyDigital
25 May 2024 • 10:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas beroperasi lebih 27 tahun, ICQ akan ditamatkan bermula 26 Jun depan. Laman rasmi ICQ mengeluarkan pengumuman ini secara mengejut dengan pengguna disarankan untuk berpindah ke perkhidmatan VK Messenger atau VK Workspace selepas tarikh tersebut.

image is not available

ICQ memulakan perkhidmatan pada 15 November 1996 dengan ia mendapat nama daripada “I Seek You”. Di zaman awal internet, adalah sukar untuk berbual dengan rakan dan ICQ adalah antara yang terawal sebaris dengan perkhidmatan seperti mIRC yang dilancarkan pada tahun 1995.

Ia dibangunkan oleh Yair Goldfinger, Sefi Vigiser, Amnon Amir, Arik Vardi, dan Yossi Vardi dari Israel sebagai cara memudahkan perbualan secara peribadi dilakukan antara pengguna. Setiap pengguna mempunyai nombor pengenalan diri lima angka yang dikongsi untuk memulakan perbualan dua hala.

Kerana popularitinya di penghujung 1990an, ICQ diambil alih oleh AOL pada tahun 1998. Di kemuncak populariti, ICQ mempunyai 100 juta pengguna berdaftar. Pada tahun 2010 ia diambil alih oleh Mail.Ru Group yang kemudiannya menukar nama ke VK Group.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved