ICQS Rantau Panjang ditutup akibat banjir

26 Dec 2023 • 6:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Banjir yang melanda Rantau Panjang menyebabkan urusan di ICQS terpaksa ditutup buat sementara waktu.

KOTA BHARU - Banjir yang melanda Rantau Panjang di sini menyebabkan urusan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) ditutup buat sementara waktu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu berkuat kuasa pada Isnin.

"Tarikh ICQS Rantau Panjang kembali beroperasi akan dimaklumkan kelak," katanya.

Menurut Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat itu, ICQS Bukit Bunga beroperasi seperti biasa.

"Pada masa sama, ICQS Pengkalan Kubor tetap meneruskan operasi seperti biasa.

"Bagaimanapun perkhidmatan feri pada Isnin dan Selasa tidak beroperasi. Orang ramai masih boleh menggunakan bot untuk urusan keluar masuk," katanya.