IDC – Pengeluaran Tablet Global Meningkat 20.4% Pada Q3 2024 Dengan Apple Teratas

TechnologyDigital
4 Nov 2024 • 12:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengeluaran tablet global meningkat kepada 39.6 juta unit pada kadar 20.4% pada Q3 2024, demikian menurut laporan terkini International Data Corporation (IDC). Pertumbuhan ini dikaitkan dengan ciri berasaskan AI yang menerajui industri dan direka bentuk untuk fungsi yang berkuasa bagi menjadikan sesebuah tablet itu lebih pintar dan pantas. Kebanyakan pengeluar juga dilihat menunjukkan peningkatan pengeluaran pada Q3 2024 berbanding Q3 2023.

image is not available

Dalam laporan yang dikeluarkan Apple masih lagi mendominasi dengan 12.6 juta unit bersamaan dengan 31.7% bahagian pegangan pasaran. Ini diikuti dengan Samsung (7.1 juta), Amazon.com (4.6 juta), Huawei (3.3 juta) dan Lenovo (3.0 juta). Walaupun Apple di tangga teratas namun mereka merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun paling rendah sebanyak 1.4% sahaja. Sementara itu Amazon mencatatkan peningkatan tertinggi 111.3% diikuti oleh Huawei (44.1%).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved