Iddin Ramli minta jangan persoal jemaah balik selepas solat Isyak – “Tarawih itu sunat”

LocalOpinion
19 Feb 2026 • 11:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah selebriti dan personaliti media sosial, Iddin Ramli, menasihati orang ramai agar tidak mudah menilai individu yang hanya menunaikan solat fardhu tanpa mengerjakan solat tarawih di masjid.

Jemaah balik selepas solat Isyak

image is not available

Menurut Iddin, solat tarawih adalah ibadah sunat dan ada kemungkinan individu tertentu melakukannya di rumah selepas solat Isyak.

image is not available

“Solat tarawih itu sunat. Kalau nampak ada yang terus keluar masjid selepas solat Isyak, jangan pandang pelik atau menyangka orang tersebut malas. Boleh jadi dia solat tarawih di rumah,” ciapan Iddin, semalam.

Dia menekankan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada memperbaiki ibadah diri sendiri, bukannya menilai amalan orang lain.

image is not available

“Fokuslah pada ibadah sendiri dan memperbaiki diri sendiri ya,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet bersetuju terhadap nasihat Iddin supaya tidak cepat menilai atau menghukum amalan orang lain.

Malah, ada juga wargamaya turut berkongsi pengalaman peribadi mereka sendiri ketika menunaikan solat tarawih, ada yang melakukannya di rumah, ada yang menyesuaikan waktunya mengikut keselesaan dan keadaan masing-masing.

Jangan judge amalan orang

image is not available

Boleh jadi angkuh

image is not available

Fokus ibadah sendiri

image is not available

Artikel lain: Rafizi Ramli sifatkan ‘drama’ dalam PN kebudak-budakan -“Mengarut, bubar sahajalah”

Nasihat itu diharapkan dapat mengingatkan masyarakat supaya lebih peka terhadap amalan ibadah individu lain dan mengelakkan prasangka yang tidak berasas, terutamanya sepanjang bulan Ramadan.

Sumber: Threads iddinramli