Sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat sekolah sentiasa dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang dan busana berwarna-warni yang memukau mata.
Memakaikan anak-anak dengan pakaian bertema Merdeka bukan sekadar untuk menyertai pertandingan pakaian beragam, malah ia merupakan salah satu cara terbaik untuk memupuk semangat patriotisme sejak bangku sekolah lagi.
Bagi membantu para guru dan ibu bapa mencari kelainan pada tahun ini, kami sediakan senarai idea baju Merdeka pelajar sekolah yang unik dan kreatif untuk dijadikan inspirasi anda.
Elemen Penting Baju Merdeka
Untuk menghasilkan baju tema kemerdekaan, antara elemen penting yang perlu ada padanya adalah corak jalur gemilang itu sendiri.
Selain itu, sebaiknya pakaian yang dihasilkan hanya mempunyai warna-warna pada jalur gemilang sahaja iaitu:
- Kuning
- Merah
- Biru
- Putih
Elakkan menggunakan warna lain selain yang dinyatakan di atas kerana akan mengganggu mood warna jalur gemilang tu sendiri.
Selain itu, sesuai dengan adat ketimuran negara kita pakai hari merdeka yang dihasilkan mestilah kelihatan tertutup dan sopan, tidak terlalu menjolok mata.
TAHUKAH ANDA?
Penggunaan bendera pelbagai gaya pada alas meja, kusyen, langsir, payung, tuala mandi, pelitup muka, kain tudung, topi, songkok, tanjak, sampin, pakaian, dan sebagainya adalah TIDAK DIBENARKAN.
Objek seperti botol, pasu, tiang, tin, tudung saji dan sebagainya yang dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera juga adalah TIDAK DIBENARKAN.

Idea Baju Merdeka – Perempuan
Gambar-gambar ieda baju merdeka perempuan di bawah adalah beberapa koleksi idea baju merdeka yang dikongsi oleh rakyat Malaysia melalui pelbagai platform media sosial seperti Facebook dan Pinterest.
Reka bentuk baju-baju yang dipaparkan bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak perempuan, tetapi juga wanita dewasa.








Idea Baju Merdeka – Lelaki
Gambar-gambar ieda baju merdeka lelaki di bawah adalah beberapa koleksi idea baju merdeka yang dikongsi oleh rakyat Malaysia melalui pelbagai platform media sosial seperti Facebook dan Pinterest.
Rekabentuk baju-baju yang dipaparkan bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak lelaki, tetapi juga lelaki dewasa.










Tips Memilih Baju Merdeka Supaya Anak Kekal Selesa
Sambutan Merdeka sekolah biasanya melibatkan aktiviti padang yang panas. Tersalah pilih baju boleh membuatkan anak rimas dan tidak selesa.
Pilih Kain Kapas
- Utamakan material cotton yang nipis.
- Bahan ini mempunyai pengudaraan yang baik.
- Elakkan kain baldu atau satin tebal.
- Kain tidak serap peluh punca kulit gatal.
Potongan Mesti Longgar
- Pilih saiz sedikit besar daripada biasa.
- Pastikan kain kurung tidak terlalu ketat.
- Baju loose memudahkan anak bergerak aktif.
- Anak lebih selesa duduk bersila di padang.
Kurangkan Lapisan Baju
- Elakkan pakaian berlapis-lapis yang tebal.
- Gunakan singlet nipis di bahagian dalam.
- Pilih tanjak daripada material yang ringan.
- Kurangkan hiasan sarat di leher baju.
Guna Aksesori Selamat
- Ganti keris besi dengan keris plastik.
- Replika kadbod juga lebih ringan dan selamat.
- Semat pin lencana dengan sangat kemas.
- Elakkan aksesori tajam yang mencucuk kulit.
Kasut Yang Sesuai
- Sediakan topi Merdeka untuk pelindung matahari.
- Gunakan kasut sekolah atau kasut sukan.
- Jangan pakai sandal keras tanpa stoking.
- Kasut yang salah boleh melepuhkan kaki.
Bagi ibu bapa yang mahu berjimat dan tidak mahu membelanjakan wang yang banyak untuk pakaian bertemakan kemerdekaan, anda boleh mencuba tips berikut untuk:
- Lelaki – Pakai baju Melayu daripada salah satu warna utama jalur gemilang dan jadikan jalur gemilang sebagai samping.
- Perempuan – Pakai baju kurung yang mempunyai warna daripada salah satu warna jalur gemilang. Kemudian, tambah aksesori lain seperti selimpang, mahkota dan sebagainya yang diperbuat dengan salah satu warna jalur gemilang.
Soalan Lazim Baju Merdeka
Bolehkah saya potong bendera asal untuk buat baju?Tidak boleh sama sekali. Perbuatan ini dianggap tidak menghormati kedaulatan negara.
Apakah warna yang wajib ada pada baju Merdeka?Gunakan kombinasi empat warna utama bendera. Warna tersebut ialah biru, merah, putih, kuning.
Bahan kitar semula apa yang paling mudah untuk DIY?Surat khabar lama sangat mudah dibentuk. Beg plastik hitam atau berwarna juga sesuai. Kotak kadbod boleh digunakan untuk membuat aksesori.
Bilakah tarikh rasmi kemerdekaan negara kita?31 Ogos 1957.
Pengisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Boleh kah anak perempuan pakai baju tema pahlawan?Ya, sangat dibenarkan dan menarik. Busana ala Srikandi Melayu kini semakin popular. Pastikan pakaian tersebut tetap sopan dan selesa.
NOTA: Semua imej dikreditkan kepada pemilik asal gambar.
