Idea kreatif DIY meja konsol dengan cara mudah, murah dan menjimatkan masa. Hanya sambung & skru sahaja, dah siap!

Home & Living
6 Apr 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Meja Konsol

Idea kreatif DIY meja konsol dengan cara mudah, murah dan menjimatkan masa. Hanya sambung & skru sahaja, dah siap!

MEMASUKI minggu kedua Ramadan, pasti ada yang sedang memikirkan tentang persiapan Hari Raya, kan?

Selain juadah dan pakaian, pastinya kediaman juga harus tampak cantik dan kemas teratur.

Tidak perlu nak beli sofa atau perabot baharu untuk memeriahkan lagi sambutan Syawal.

Lebih-lebih lagi situasi ekonomi sekarang yang semakin teruk, kenalah bijak berbelanja.

 

Sementelah duit banyak dihabiskan untuk anak-anak masuk sekolah.

Pun begitu, tidak bermakna anda tidak boleh mencantikkan lagi ruang dalam kediaman anda.

image is not available

Penggunaan meja konsol misalnya, selain untuk melengkapkan ruang kosong, ia juga boleh dijadikan tempat untuk meletakkan barangan perhiasan seperti pasu bunga atau bekas kunci dan sebagainya.

 

TAK KELUAR MODAL BANYAK

Bagi yang kreatif, tidak perlu nak keluar modal yang banyak untuk membeli meja konsol.

Buat sendiri atau (DIY) lebih menjimatkan dan inilah masanya anda nak tunjuk bakat bertukang. Pasti akan puas hati selepas melihat hasilnya nanti.

Jom Sinarplus kongsikan cara yang dimuat naik Amir Hazwan Saad menerusi page Tukang Apa Hari Ini.

Barang-barang yang digunakan sangat simple dan boleh dibeli menerusi Shopee.

Paling penting, caranya ringkas. Hanya perlu gunakan skru dan sambungkan sahaja.

image is not available

Berikut cara yang dikongsikan:

1) Kaki meja guna kayu meranti yang dibeli di shopee sahaja.

2) Ukur siap-siap dan minta penjual potong. Ini link shopee jika nak beli.

3) Guna kayu pine untuk dijadikan table top atau rak. Beli di shopee juga.

image is not available

4) Apabila sampai semua barang, skru sahaja.

5) Tambah kayu kecil untuk buat cross bracing atau rangka menyilang untuk memastikan ia lebih kukuh.

image is not available

6) Setelah itu, letakkan kayu pine dan skru.

7) Jika mahu lebih menarik anda boleh cat kan meja tersebut. Ikut warna yang anda ingini.

image is not available

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi