Identiti Ayah Jennie BP Tersebar? Agensi Tampil Beri Respon

LocalEntertainment
6 Sep 2024 • 1:59 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Peminat pasti tahu bahawa Jennie BLACKPINK memang tak pernah bercakap atau mendedahkan tentang identiti ayahnya kepada umum.

Sebelum ini, timbul khabar angin menyatakan bahawa ayah kandung Jennie merupakan seorang penerbit dan penulis bernama Kim Hyung-jin, yang pernah menulis beberapa novel.

Malahan dalam sebuah bukunya, ‘ayahnya’ itu ada menceritakan tentang hubungannya dengan Jennie dan situasi sebenarnya ketika dia menjadi pelatih hingga sekarang.

Namun pada 6 September, agensi wanita itu ODD ATELIER akhirnya bersuara dan terus serta-merta menafikan dakwaan tersebut. Ulas mereka,

Baru-baru ini, terdapat satu hantaran yang menyebarkan berita palsu mengenai seorang lelaki yang menyamar sebagai bapa Jennie. Ini jelas adalah maklumat palsu dan kami ingin menjelaskan bahawa ia tiada kaitan dengan artis. Kami sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang mengedarkan maklumat ini melalui firma guaman atas alasan fitnah.

Sambung agensi,

Perbutan sedemikian jelas merupakan jenayah jadi kami ingin memaklumkan anda bahawa kami akan terus mengambil tindakan undang-undang yang kukuh berdasarkan bukti yang dikumpul.

Lahh yakinnya mengaku ayah Jennie..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article