Identiti Kanak-Kanak Perempuan Didakwa Anak Kekasih Adik, Shila Amzah Beri Penjelasan – ” Budak Tu Sebenarnya..”

20 Oct 2023 • 11:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Belum reda mengenai pertelingkahan antaran Shila dan adik beradiknya yang lain mengenai isu menjual rumah yang diduduki mereka kini.

Kongsi Shila, dia tetap akan meneruskan apa yang dirancang meskipun pelbagai perkara berbangkit mengenai ahli keluarga, kekasih adiknya yang dikenali sebagai Eiza dan terbaru, seorang kanak-kanak perempuan ‘misteri’ yang tinggal bersama-sama mereka di kediaman itu.

Gara-gara itu, wujud desas-desus yang mendakwa kanak-kanak itu adalah anak kepada kekasih adiknya, Syafiq.

Menerusi beberapa hantaran Instagram Story, Shila menjelaskan bahawa identiti kanak-kanak itu tiada kena mengena dengan Eiza.

Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Icha itu sebenarnya adalah anak sepupu Shila yang tinggal bersama mereka di rumah berkenaan.

image is not available

Sumber : Instagram  

Icha ini anak saudara Sha (Shila), anak sepupu Sha dekat kampung. Tapi dari kecil memang rapat dengan keluarga kita orang.

Bila umur dua tahun kita orang ambil keputusan jaga sebab adik beradik dia ramai, sekolah semua. Memang baik budaknya. Eiza itu tiada kena mengena.

Terdahulu, Shila Amzah ada membuat kenyataan meminta kekasih adiknya, Eiza untuk keluar daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor setelah beberapa tahun tinggal bersama keluarga itu,

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Tinggal Bersama Sejak 2021, Shila Amzah Halau Kekasih Syafiq Keluar Banglo Miliknya - "Sila KELUAR Selewatnya Esok"