Identiti lima nelayan hilang dikenal pasti

10 Aug 2022 • 10:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Maritim Malaysia mengadakan taklimat operasi Carilamat bagi mengesan lima nelayan hilang di Pulau Redang pada Rabu. - Foto: Ihsan Maritim Malaysia (Gambar kecil: SALUDIN, RAJA ZAINUDDIN, MOHD NAZRI, AHMAD ZAMRI, ZULKIFLI)

KUALA TERENGGANU - Identiti lima nelayan yang hilang dan dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Redang pada malam Isnin lalu telah dikenal pasti. Kesemua mangsa beralamat di Kelantan itu ialah Zulkifli Umar, 48, Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, Saludin Ismail, 50, Ahmad Zamri Ishak, 66, dan Mohd Nazri Abu Bakar, 48. Seorang mangsa terselamat ialah Muhammad Kamaruddin Yudi, 31. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu dalam kenyataan pada Rabu berkata, bot yang membawa seramai enam kru termasuk tekong itu dilaporkan karam kira-kira jam 10 malam. Katanya, bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 itu keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan sebelum dilaporkan karam. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi mengesan nelayan yang hilang telah diaktifkan sejak Selasa lalu. Usaha pencarian meliputi kawasan seluas 242 batu nautika daripada lokasi bot berkenaan dilaporkan karam.