Identiti pemandu rentung di Lebuhraya Guthrie dikenal pasti

2 Nov 2022 • 1:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Identiti pemandu Mazda berwarna merah ditemukan rentung dipercayai selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di kilometer 3.6 Lebuhraya Guthrie awal pagi semalam dikenal pasti sebagai seorang pengurus jualan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pengecaman dibuat oleh bapa mangsa yang mengesahkan kereta tersebut milik syarikatnya sendiri dan kenderaan itu hanya dipandu anaknya.

“Mangsa berumur 40 tahun memandu kereta yang didaftarkan atas nama syarikat telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana turut terbakar bersama kenderaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seorang pemandu Mazda ditemukan rentung dipercayai selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di sebelah kiri penghadang jalan di Lebuhraya Guthrie dari Shah Alam sebelum tol Bukit Jelutong.-Bernama