“Idola Sekarang Jangan Harap La” – 14 Tahun Berlalu, Iklan Mengghairahkan 2PM Bersama SNSD Kembali Tular

Music
16 Apr 2024 • 11:44 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan senang kan nak tengok idola sekarang mempunyai interaksi yang rapat antara satu sama lain.

Baru-baru ini, video yang menampilkan 3 ahli Girls’ Generation dan 3 ahli dari 2PM telah kembali tular, walaupun selepas 14 tahun sejak ia dikeluarkan.

Untuk pengetahuan, ia adalah video untuk lagu “Cabi Song”, bagi mempromosikan taman tema air Caribbean Bay di Everland Resort.

Khususnya, video itu telah mengejutkan ramai orang yang pertama kali menontonnya kerana terdapat banyak adegan intim antara ahli dua kumpulan itu tambahan pula, dengan outfit mereka yang mengghairahkan.

Komen netizen,

  • Tiada lagi kumpulan lelaki dan perempuan yang bekerjasama seperti ini.
  • Ini yang kami mahu dalam dunia K-Pop sekarang.
  • Kalau kumpulan generasi ke-3 dan ke-4 buat macam ni, habislah peminat dorang mesti tak tentu arah.
  • Jangan haraplah nak tengok idola sekarang buat.
  • Kolaborasi paling ikonik.

image is not available

Fuhh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.