
NAMA pelakon Idris Khan tiba-tiba kembali meledak dalam media sosial selepas berkongsi foto dirinya sambil berseloroh mengenai status masih solo.
Katanya, kebanyakan kenalannya sudah memasuki fasa berkeluarga, sedangkan dia masih terkial-kial mencari teman hidup.
Seperti dijangka, perkongsian sebegitu terus menjadi lubuk buat kaum Hawa meninggalkan komen manja, malah ada yang terang-terangan tawarkan diri nak jadi pasangan Idris.
Diva sampai ternganga membaca keberanian sesetengah wanita zaman sekarang. Mungkin sekadar bergurau, tetapi cara mereka mengusik itu sudah macam sesi bidaan mencari calon suami pula.
Kalau wanita zaman dahulu malu-malu kucing, sekarang baru artis cakap masih bujang, terus ramai masuk barisan.
Apa pun, soal jodoh bukan pertandingan siapa cepat dia dapat. Kalau benar Idris sedang mencari pasangan, pilihlah insan bukan sekadar cantik di mata, tetapi mampu menjadi teman ketika susah dan senang.
Kalau terlalu terdesak, Diva pun masih solo, cuma jadual kerja padat sedikit. Boleh cuba nasib, mana tahu serasi!
DIVA: Tak sabar nak dengar lagu dari penjara ciptaan Yasin Sulaiman. Semoga nanti membawa khabar bahagia.
The post Idris Khan ‘open’ cari jodoh, ramai wanita masuk barisan appeared first on Kosmo Online.
