Idrus Harun Dilantik Semula Peguam Negara

LocalPolitics
3 Mar 2023 • 11:06 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Isnin depan - Gambar Fail

PUTRAJAYA: Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Isnin depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan semula Idrus selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, lantikan semula itu adalah untuk tempoh enam bulan.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.

“Pelantikan itu untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa mulai 6 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Idrus yang juga abang kepada mantan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020.

Beliau dilantik semula sebagai Peguam Negara bagi tempoh setahun berkuatkuasa mulai 6 Mac 2022.

Sebelum menjadi Peguam Negara, Idrus pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penasihat undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – Getaran, 3 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved