Idzham Ismail letak 3 syarat bekas isteri kembali bekerja, masalah kewangan bukan punca utama. 'Mungkin saya rindukan dia yang dahulu...'

LocalEntertainment
8 Nov 2024 • 9:20 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TENANG dan matang. Biarpun perit menghadapi perpisahan, aktor Idzham Ismail tidak menyalahkan seratus peratus kepada bekas isterinya.

Ramai yang menyangka masalah kewangan sebagai punca perceraian, pelakon Juvana itu menafikan,sebaliknya berkongsi telah meletakkan tiga syarat sebelum bekas isteri, Nur Abilah Shamsudin kembali bertugas sebagai pramugari.

Idzham menerusi temu ramah bersama bersama Gempak mendedahkan tiga syarat yang diletakkan untuk isterinya kembali bekerja termasuk tidak menyentuh pendapatan isteri.

"Antara tiga syarat ialah saya tidak akan sentuh duit gaji dia. Sepanjang dia bekerja semua nafkah saya tanggung.

"Kedua, dia berjanji untuk taat dan ketiga mengekalkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

image is not available

"Jadi tiada isu kewanganlah bagi saya. Semasa dia bekerja pun saya shooting sampai bulan Jun cuma saya tidak post ia di media sosial. Saya hanya kongsi apabila drama ditayangkan," jelasnya.

Tenang menjawab soalan yang diajukan, Idzham, 36, mengakui merindui diri dan momen Nur Abilah yang dahulu sebelum kembali bertugas di awan biru.

Namun beliau tidak mahu warganet terus menyalahkan bekas isterinya bekerja sebagai punca.

"Untuk mengatakan dia melanggar perjanjian itu tidaklah, cuma dia tidak mengikuti jalan yang telah dipersetujui.

"Manusia begitulah. Seperti saya, tidak mahu marah tetapi termarah juga. Biasalah.

"Mungkin saya rindu dia sebagai isteri yang dahulu agaknya. Yang selalu ada apabila saya balik dan boleh keluar sama-sama. Isteri yang perlukan saya 100 peratus untuk tolong apa-apa.

image is not available

"Sekarang dia sudah bekerja dan sudah berkawan. Mungkin hal itu yang membuatkan saya rasa kosong seterusnya menjadikan isu kecil menjadi besar.

"Tidak boleh salahkan dia seratus peratus, janganlah cakap sebab dia kerja (puncanya).

"Saya pun sudah benarkan dan perlu faham akan ada perubahan. Sebagai manusia mesti mahukan hak kita kan,: katanya.

Sekadar info, Idzham dan Nur Abilah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.

Ikatan perkahwinan mereka terlerai selepas disahkan bercerai di Mahkamah Syariah Klang, Selangor 4 November lalu dan Idzham mendedahkan tidak akan rujuk.

Beliau juga menolak kehadiran orang ketiga menjadi punca perpisahan.

Sumber: TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved