PH adakan mesyuarat petang ini

Politics
28 Feb 2020 • 4:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) mengadakan satu mesyuarat di sebuah hotel di sini petang ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba pada 3.13 petang untuk menyertai mesyuarat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi hari ke-6: Speaker Dewan Rakyat tolak sidang khas Isnin ini

Sidang Parlimen Khas akan tentukan calon Perdana Menteri: Tun M

Tiada keperluan bertemu Dr Mahathir: Anwar

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja diharap rungkai kemelut politik negara

Pas tuntut bubar Parlimen, adakan PRU15

'Dr Mahathir pentingkan politik peribadi, bukannya rakyat'

Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, Pengarah Strategik Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Puluhan petugas media kelihatan menanti bagi mencuba nasib mendapatkan perkembangan terkini dari pemimpin terbabit. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved