Ifa Raziah Dedah Pernah Disihir Beratus Kali, Rasa ‘Panas’ Bila Tengok Suami – “Entah Apa Orang Dengki”

LocalEntertainment
16 Aug 2025 • 1:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara dan pelakon, Ifa Raziah akui tempoh tiga dekad berkecimpung dalam industri hiburan tanah air membuatkannya kental dan kuat dalam menghadapi apa sahaja cabaran.

Menurut Ifa, cemuhan mahu pun fitnah tidak boleh meruntuhkan semangatnya meskipun sentiasa ada sahaja pihak yang cuba menjatuhkannya.

Ujian berat ketika Covid-19, bergolok gadai nak bayar hutang

Ifa atau nama sebenanrya Saripah Raziah Mustapha berkata meski dilihat sudah hidup senang namun ketika pandemik Covid-19 baru melanda dia sebenarnya diuji dengan hebat.

Katanya, tahun 2022 paling sedih buatnya apabila perniagaan saya iaitu Star Vendors sudah siap pasang booth di PWTC, tiba-tiba Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan.

Mahu tak menangis saya. Saya pulangkan semua duit vendor, hampir satu juta ringgit. Satu sen pun saya tak ambil, sebab saya faham semua orang sedang berjuang.

image is not available

Pengacara berusia 50 tahun itu juga berkata hidupnya gelap apabila dia terpaksa mengorbankan harta dan bergolok gadai demi melangsaikan hutang.

Saya jual rumah, jual kereta, jual apa sahaja yang ada. Janji nama bersih, tidak berhutang. Walau susah, saya rela pulangkan semua wang orang. Gelap gelita kejap dunia saya ibaratnya. Tapi masa tu, saya tahu Allah sedang uji.

Beratus kali disihir

Dalam pada itu, Ifa juga turut berkongsi ujian lain ditempuhinya iaitu menjadi mangsa perbuatan sihir berkali-kali dipercayai oleh pihak yang mencemburui rezekinya.

Ujar Ifa, perkara ‘hitam’ sememangnya masih wujud dalam industri seni tempatan dan ia turut mengganggu rumah tangga dan perniagaan.

Saya sendiri beratus kali mengalaminya. Sihir yang mengacau mimpi, ganggu rumah tangga dan bisnes. Perkara itu berlaku sampai sekarang. Kita akan rasa panas bila tengok muka suami, perniagaan pula akan jadi makin merudum.

image is not available

Mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku, Ifa berkara dia kini memilih untuk tidak mempunyai ramai kawan kerana pernah mengalami situasi ditikam dari belakang oleh rakan sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-30 14:37:39

"Busung, Tanah Kubur Bertaburan Depan Butik.." - Ada Yang Dengki, Haliza Maysuri Dedah Disihir

View Original Article