Asus ROG Phone 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Julai hadapan. Ia disahkan menjadi peranti pertama menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 855+ yang direka khas untuk permua. Seperti biasa apabila pelancaran semakin hampir, rekaan peranti akan tertiris awal ke arena web. Di bawah ialah imej pertama Asus ROG Phone 2 yang tidak banyak bezanya dengan model pertama.


Asus telah mengesahkan ROG Phone 2 akan menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Ini meletakkannya sebaris dengan Razer Phone 2. Tetapi pengguna diberikan pilihan kadar segar semula 60 dan 90 Hz jika ingin menjimatkan penggunaan bateri. Rekaan yang sama dikekalkan bagi membolehkan pelbagai aksesori khusus untuk permua ROG Phone asal digunakan semula. Bagi mereka yang mencari peranti untuk permua Android paling berkuasa, Asus ROG Phone 2 pasti dinantikan pelancarannya.
