IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran

5 Jan 2025 • 5:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Baru-baru ini, laman bola sepak terkemuka, Transfermarkt, mengaitkan Arif Aiman untuk menyertai juara 16 kali Persian Gulf Pro League berkenaan.

LAMAN Instagram bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.

Ini selepas pemain berusia 23 tahun berkenaan dikaitkan untuk menyertai kelab itu.

Baru-baru ini, laman bola sepak terkemuka, Transfermarkt, mengaitkan pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu untuk menyertai juara 16 kali Persian Gulf Pro League berkenaan.

Tidak lama selepas itu, laman Instagram milik pemain negara itu mula diserbu penyokong Persepolis, yang menggesa Arif Aiman menyertai mereka.

Menariknya, ada juga penyokong pasukan seteru yang mahu bintang Harimau Malaya itu menyertai kelab mereka, antaranya dari Esteghlal dan Tractor.

Sebagai rekod, Persepolis ketika ini sedang menduduki tangga ketiga Pro League dengan 29 mata daripada 15 perlawanan, tiga mata di belakang pendahulu, Tractor. - Stadium Astro/Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved