IG pelakon Tamil, Vijay raih 4 juta pengikut dalam 24 jam

Entertainment
3 Apr 2023 • 10:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto: Instagram Thalapathy Vijay

AKAUN Instagram milik pelakon filem Tamil popular Thalapathy Vijay yang baharu dibuka pada Ahad telah meraih lebih empat juta pengikut.

Bintang India itu berkongsi fotonya dengan kapsyen "Hello Nanbas dan Nanbis" (hello kawan), yang tular di platform media sosial.

Selebriti filem Tamil Rashmika Mandana dan Keerthy Suresh turut mengikuti akaun Intagram milik Vijay yang kini mempunyai 4.4 juta pengikut setakat Isnin.

"Halaman rasmi akaun dikendalikan oleh pejabat pelakon Vijay," menurut bio akaun Instagram berkenaan.

Filem terbaharunya Varisu mendapat sambutan hangat dan mencatat kutipan pecah panggung. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved