IGN hari ini mengumumkan pengambil-alihan penerbit Gamer Network, yang mempunyai sejumlah portfolio web memfokuskan permainan dibawah mereka. Antaranya adalah termasuk Eurogamer, VG247, GamesIndustry, Rock Paper Shotgun, Dicebreaker, dan beberapa yang lain dibawahnya.
Nilai pengambil-alihan tidak diumumkan buat masa ini. Selari dengan pengambil-alihan ini juga, beberapa pekerja dihentikan – terutamanya jawatan yang lebih kurang sama, dalam usaha mengurangkan kos operasi dan sebagainya.
Dengan langkah ini, IGN terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena permainan video – apatah lagi sebelum ini telah mengambil-alih beberapa syarikat lain, termasuk Humble Bundle.

