IJM: Bakal Laksanakan Projek Sambungan NPE Pada Tahun Ini

LocalBusiness & Finance
26 May 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

IJM Corporation Bhd menerima projek utuk melaksanakan kerja-kerja sambungan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) serta penstrukturan semula kadar tol bagi NPE sedia ada.

Pelaksanaan projek sambungan itu akan melibatkan kos pembinaan kira-kira RM1.4 billion.

sambungan NPE bertingkat sepenuhnya sepanjang 15 kilometer (termasuk laluan berarah) bertujuan meningkatkan kesalinghubungan, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan mobiliti di koridor utama Lembah Klang.

Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada suku ketiga 2025, dan lebuh raya ini disasarkan mula beroperasi pada 2029.

image is not available

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan kumpulan, Datuk Lee Chun Fai berkata, kelulusan ini merupakan pencapaian penting dalam usaha kumpulan untuk menambah baik mobiliti bandar di Lembah Klang.

Bagi menyokong perjalanan ulang-alik yang bersedia untuk masa depan, sambungan NPE akan dilengkapi dengan ciri-ciri infrastruktur pintar seperti sistem tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) Malaysia, pemantauan CCTV masa nyata yang bersepadu, lampu jalan pintar dan kawasan hentian rehat baharu dengan stesen pengecasan pantas bagi kenderaan elektrik," katanya.

View Original Article