Ijok, Permatang antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah esok

9 Feb 2025 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di lima lokasi esok.

Menerusi program yang bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari itu, pengunjung berpeluang membeli ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Berikut senarai lokasi JER esok:

image is not available

Belanjawan 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER tahun ini, sekali gus membuktikan tekad pentadbiran negeri meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah.

JER dijadual berlangsung di lebih 1,700 pada termasuk jualan mega semasa musim perayaan dinaikkan dari dua kepada enam kali tahun ini.

Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

image is not available
Orang ramai membeli barangan keperluan asas sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega Tahun Baharu Cina di tapak pasar malam Pandan Cahaya, Ampang Jaya pada 27 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

PKPS juga melancarkan Pasaraya Ehsan Mart di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Pandan Indah. Pasar raya yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah akan diperluas ke 10 lagi cawangannya di DUN lain tahun ini.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

image is not available
Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Pagi TK 3 Taman Kinrara, Subang Jaya pada 13 Januari 2025 . Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR