
PAPAR: Kumpulan Ijtihad As Shahabab dari Kampung Benoni muncul juara dalam Festival Kompang Parlimen Papar yang berlangsung di Dewan Datuk Salleh Sulong, memenangi hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi.
Kumpulan As Sohabbah dari Kampung Surati membawa pulang RM700 dan trofi sebagai naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Gema Warisan An Nur dari Kampung Nagapas, yang menerima RM500 dan trofi.
AdvertisementHadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.
Semasa ditemui media, Armizan berkata, “Objektif program ataupun festival ini adalah untuk mengangkat seni tradisi, rumpun bangsa kita dan juga agama.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Sejarah asal-usul kompang yang dahulunya dilaksanakan secara paluan tradisi kini disesuaikan dengan perubahan zaman dan kreativiti.”
“Ini merupakan satu inisiatif murni untuk menjadikan tradisi kompang ini sebagai satu aktiviti yang sihat untuk disertai oleh anak-anak muda kita. Saya berharap tradisi yang bernilai ini akan diteruskan dan diwarisi kepada generasi akan datang,” tambah beliau.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Festival dihadiri hampir 2,000 orang.
Pada sebelah petang hari sama, turut diadakan Jualan Rahmah Madani oleh KPDN, di ruang terbuka dewan sama, menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga murah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Papar (Bahagian Pembangunan), Zulhelmy Zakaria; ASP Mohd Airul Sukri Hj Saini mewakili Ketua Polis Daerah Papar; Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Hj Roslie Ibrahim; dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Papar, Abd Rahim Aliuddin.
