Ikan Bakar Nasi Putih Menu Pilihan Anwar Di Medan Selera Cyberjaya

16 Jun 2023 • 1:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar menyapa orang ramai ketika hadir meluangkan masa makan tengah hari bersama rakyat di Medan Selera Sports Arena hari ini. - Gambar Bernama

CYBERJAYA - Set nasi putih dengan ikan bakar menjadi pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjamu selera bersama pengunjung di Foodcourt Sports Arena Cyber 6, di sini hari ini.

image is not available
Beramah mesra dengan pengunjung sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran menjadi rutin mingguan Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri pada 24 Nov lepas. - Gambar Bernama

Menikmati makan tengah hari sambil beramah mesra dengan pengunjung sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran menjadi rutin mingguan Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri pada 24 Nov lepas.

Beliau yang tiba di medan selera itu kira-kira 1.07 tengah hari  disambut Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Perbandaran Sepang Muhamad Shah Osmin sebelum menjamu selera sambil menyantuni pengunjung yang turut berswafoto dan mengambil gambar kenang-kenangan dengannya.

image is not available
Anwar turut mencuba beberapa jenis lauk termasuk ikan bakar dan ulam-ulaman. - Gambar Bernama

Kira-kira 15 minit di medan selera itu, beliau dilihat mencuba beberapa menu makanan lain antaranya daging masak kicap dan ulam-ulaman.

Usai makan tengah hari, Anwar bergerak ke Masjid Raja Haji Fisabilillah yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari Foodcourt Sports Arena untuk menunaikan solat Jumaat. - Bernama