Ikan dibom: Lima nelayan Filipina dipenjara setahun

23 Sep 2023 • 3:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Lima nelayan warga Filipina yang memiliki 10 jenis ikan yang dibom, masing-masing dipenjara setahun.

Mereka ialah Armari Jinani, 40, Oppong Ali Osman, 44, Delmi Jinanim, 42, Mohd Nasir Elding, 39, dan Mali Armari, 25.

Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, atas pertuduhan terhadap mereka.

Warga Filipina itu didapati memiliki ikan yang ditangkap dengan menggunakan bahan letupan di sebuah bot pada 6 petang 23 Julai tahun ini, di kawasan perairan South Hill Rock di Pulau Manukan, di sini.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 , atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, kesemua warga Filipina itu meminta hukuman ringan dan dihantar pulang ke tempat asal mereka secepat mungkin.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa William Apin dari Jabatan Perikanan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan kerana aktiviti pengeboman ikan boleh menjejaskan habitat dan ekosistem laut.

Selepas hukuman penjara mereka selesai, semua warga Filipina itu diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Mahkamah juga memerintahkan bot dan semua peralatan yang dirampas dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.