Ikatan Terlerai, Pelakon Sharifah Husna Dan Halim Radzi Sudah Bercerai

LocalEntertainment
23 Jun 2026 • 3:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Sharifah Husna akhirnya mengesahkan rumah tangganya bersama suami, Halim Radzi telah berakhir selepas mereka sah bercerai dengan talak satu.

Memetik laporan mStar, perkara itu disahkan oleh sumber terdekat pasangan berkenaan yang memaklumkan Halim dipercayai melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Advertisement

Sharifah Husna

Bagaimanapun, tarikh sebenar perceraian pasangan itu tidak didedahkan kepada umum.

Difahamkan, Husna juga telah selesai menjalani tempoh idah selepas perceraian tersebut.

Menurut sumber sama, keputusan untuk berpisah dibuat selepas kedua-duanya tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga.

View this post on Instagram

Sementara itu, Halim ketika dihubungi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana menganggap urusan keluarga sebagai hal peribadi.

Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, Husna dan Halim dilaporkan berpisah secara baik dan masih mengekalkan hubungan persahabatan sehingga kini.

Terdahulu, spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu mula timbul selepas kedua-duanya didapati memadam foto bersama di media sosial masing-masing, sekali gus mengundang pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Ikatan Terlerai, Pelakon Sharifah Husna Dan Halim Radzi Sudah Bercerai2026-06-23 14:37:56

Marissa Dania Bercerai, Abby Abadi Gembira, Luah Rasa Syukur - "Alhamdulillah"

The post Ikatan Terlerai, Pelakon Sharifah Husna Dan Halim Radzi Sudah Bercerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved