Ikhlas Capital milik Nazir Tun Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura

Business & Finance
24 Jun 2024 • 2:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ikhlas Capital milik Nazir Tun Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura

azan

24/06/2024 - 14:23

KUALA LUMPUR 24 Jun - Sekumpulan pelabur termasuk bekas pengerusi CIMB Group Holdings Bhd, Tan Sri Nazir Tun Razak melabur sehingga AS$40 juta (RM188.5 juta) dalam Food Empire Holdings Ltd melalui terbitan nota boleh tukar tebus (REN).

Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.

Selain Nazir sebagai rakan Pengasas dan Pengerusi Ikhlas Capital, ia termasuk Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB, Kenny Kim; bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Gita Wirjawan dan bekas Setiausaha Kewangan Filipina, Cesar Purisima.

image is not available
KENNY KIM

image is not available
GITA WIRJAWAN

image is not available
CESAR PURISIMA

image is not available
MacCoffee merupakan antara produk miliki Food Empire. - Gambar/The Edge Singapore

Pelabur Ikhlas Capital termasuk lebih 50 institusi ASEAN dan pejabat keluarga, kata portal itu.

Di bawah terma terbitan itu, REN, yang mempunyai tempoh lima tahun, membawa faedah tahunan sebanyak 5.5% dan boleh ditukar kepada saham Food Empire baharu pada AS$1.09 (RM5.14) setiap satu.

"Lembaga pengarah percaya selain suntikan modal, kehadiran, pengetahuan dan rangkaian tempatan Ikhlas Capital di Asia Tenggara akan membantu kumpulan itu mempercepatkan lagi pertumbuhan berskala di Asia Tenggara dan antarabangsa," kata Food Empire. - DagangNews.com