"Ikhlas Itu Indah, Terbaik Bos" - Insiden Rider Melayu Terlanggar Kereta Bos Cina, Buat Netizen Tersentuh

20 Feb 2023 • 11:08 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sejak kebelakangan ini, ada seglintir pihak yang tidak bertanggungjawab ingin merosakkan keharmonian antara kaum yang ada di Malaysia. Namun baru-baru ini, viral di platform TikTok, satu insiden yang menyentuh perasaan rakyat Malaysia.

Video yang dimuatnaik oleh @onsir11 , di mana beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Seorang penghantar makanan Melayu dipercayai melanggar keretanya dengan tidak sengaja. Yang menjadi perhatian netizen adalah reaksi @onsir11 itu sendiri.

Dia yang bernama Andrew Cheah, tampil dengan reaksi tenang. Keadaan juga terkawal kerana pemuda melayu tersebut mengaku kesilapannya dan bersedia untuk membayar ganti rugi. Andrew juga sempat bertanya beberapa soalan kepada pemuda tersebut.

Yang menyentuh perasaan netizen adalah Andrew dengan ikhlas memaafkan pemuda tersebut.