Iklan Dalam Status WhatsApp Kini Dipaparkan Kepada Semua Pengguna

TechnologyDigital
1 Mar 2026 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri iklan dalam status dan Promoted Channels di WhatsApp mula diperkenalkan sejak Jun 2025. Pada peringkat awal, kandungan tajaan ini hanya ditawarkan kepada sebilangan pengguna di negara terpilih. Namun melalui kemas kini terbaharu yang dikongsikan di platform X, WhatsApp mengesahkan ciri tersebut kini diperluaskan kepada pengguna di seluruh dunia.

image is not available

Dengan pelaksanaan ini, pengguna akan mula melihat iklan di tab Updates yang berfungsi untuk memudahkan mereka menemui perniagaan serta saluran baharu untuk dihubungkan terus melalui aplikasi. Saya sendiri perasan, sejak kebelakangan ini semakin banyak Status di WhatsApp mula memaparkan iklan pada akaun peribadi.

Seperti di Instagram, WhatsApp turut menekankan bahawa ciri ini membolehkan pengguna menemui perniagaan dan saluran baharu yang mungkin menarik minat mereka secara terus dalam aplikasi. Pada masa yang sama, mesej peribadi masih kekal dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung dan tidak akan diakses oleh pihak luar.

— WhatsApp (@WhatsApp) February 26, 2026
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved