Iklan Lesen 'Percuma' Tanpa Ujian Disahkan Palsu - JPJ

LocalPolitics
26 Jan 2026 • 8:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menafikan penularan iklan dan hebahan di media sosial yang mendakwa orang awam boleh memperoleh lesen memandu secara percuma tanpa perlu melalui sebarang ujian sah.

image is not available

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan menegaskan iklan terbabit adalah maklumat palsu serta mengelirukan, selain mempunyai unsur penipuan untuk memperdaya orang ramai.

image is not available

"Hasil siasatan awal mendapati iklan itu menggunakan gambar Pengarah JPJ Selangor tanpa kebenaran, sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang awam serta menjejaskan kredibiliti jabatan.

"Sehubungan itu, JPJ Selangor ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau maklumat berkaitan pemberian lesen memandu secara percuma tanpa ujian yang sah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang awam dinasihatkan supaya sentiasa membuat semakan melalui saluran rasmi JPJ bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.