
Ramadan dan Raya seringkali menjadi bulan di mana bermaaf-maafan serta memberi kemaafan buat sesama insan menjadi tujuan utama sambutan ini.
Tak kisahlah sama ada kesalahan yang dilakukan itu sekecil zarah sekalipun, kita disarankan untuk meminta maaf, serta memaafkan orang lain. 🤲🏻
Namun sebenarnya ada perkara penting yang mungkin ramai terlepas pandang dan tidak peka perihal “kemaafan” ini. Dan, ianya adalah sesuatu yang amat penting dan besar buat seseorang itu.

Iklan Raya Julie’s Buka Mata Orang Ramai, Beri Mesej Begitu Mendalam
Jika kita lihat, setiap syarikat terkemuka pada setiap tahun pasti akan menghasilkan satu iklan Raya bagi menyampaikan sesuatu mesej buat orang ramai. Malah, mesej menerusi klip video tersebut juga boleh memberikan impak positif buat seseorang itu jika ia difahami dengan betul.
Untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini, syarikat biskut terkenal iaitu Julie’s baru sahaja mengeluarkan iklan raya yang boleh dikatakan “masterpiece” mereka tahun ini. 💛
Yang paling utama sekali, mesej video berkenaan adalah tentang “kemaafan”. Sesuatu yang amat besar dan sukar untuk dilakukan.

Atuk Ini Korbankan Diri Kena Tangkap Dengan Polis Untuk Jumpa Cucu
Video iklan Raya Julie’s kali ini mengetengahkan isu seorang atuk, Hassan yang telah mengorbankan dirinya sendiri sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa hanya kerana ingin berjumpa dengan cucunya, Johan.
Ya, bunyi sangat aneh dan rumit.
Secara ringkasnya, Johan adalah seorang banduan yang telah menghabiskan hidupnya dengan melarikan diri dari masalah dan masa lalunya manakala Hassan begitu terdesak untuk berhubung semula dengannya sehingga dia nekad melakukan jenayah kecil agar ditangkap dan dipenjarakan di lokasi yang sama dengan Johan.
Pada masa yang sama, Johan sering ‘didatangi’ oleh neneknya, Melati yang telah meninggal dunia. Tujuannya hanya satu iaitu menghilangkan rasa bersalah yang menghantuinya akibat kematian tragik Melati.
Johan Tak Endah “Love Letters” Dari Atuknya Sepanjang Dalam Penjara
Nak dijadikan cerita, Johan pada ketika itu dilihat tidak mengendahkan surat-surat yang dihantar oleh Hassan dan tidak ingin bersua muka– namun dalam masa yang sama dia masih dihantui bayangan arwah neneknya itu hingga orang sekeliling menyangkakan Johan sudah hilang akal.
Bukan itu sahaja, Johan menyalahkan dirinya untuk semua yang berlaku. Keadaan mencapai titik kemuncak apabila Hassan akhirnya berdepan dengannya dan memaksa Johan untuk sedar bahawa melarikan diri tidak akan mengubah masa lalu.

Dipenuhi dengan emosi, Johan akhirnya berhadapan dengan rasa bersalahnya dan menerima kemaafan. Perkara itu sekaligus membenarkan Melati untuk beristirahat dengan tenang sejurus Johan kembali berdamai dengan takdir.
“Turning Point”

Scene paling penting dalam filem ini adalah ketika Johan sedang berdiri di singki untuk membasuh tangan. Ketika dia memandang bayangannya dalam air, dia teringat saat dia bersalam dengan datuk dan neneknya semasa Hari Raya.
Pada saat itu, dia seakan-akan mengerti tentang apa yang pernah diperkatakan oleh kedua-dua insan itu melalui huluran salam— dan Johan akhirnya dapat memahaminya dengan lebih mendalam di mana dia seharusnya belajar untuk memaafkan diri sendiri, tidak kira apa jua keadaan.
Berderai juga air mata kami tengok iklan Raya Julie’s tahun ini. 🥺
Kemaafan Jadi Perkara Utama Dalam Kehidupan
Ya, meminta maaf dan memberi kemaafan itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan setiap orang disarankan untuk sentiasa memaafkan dengan ikhlas. Malah meminta maaf setulus hati jika pernah ada salah faham, bertikam lidah, dan sebagainya dengan sesiapa jua.
Manusia; sifatnya bukanlah sempurna. Pasti ada khilaf.
Oleh itu, belajarlah untuk memaafkan orang sekeliling dan juga yang paling penting sekali dan sering terlepas pandang; memaafkan diri sendiri di atas kesemua kesalahan dan kekurangan yang mungkin tidak disengajakan.
Dengan itu, hidup akan jauh lebih tenang jika sudah berdamai dengan takdir. ☺️
Snek Julie’s Love Letters Jadi ‘Watak Utama’

Jika ada perasan, pada permulaan video sudah ditunjukkan ‘watak utama’ yang dibawa oleh pelakon legenda, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar ketika beliau berlari-lari anak keluar dari kedai runcit.
Malah, pada pengakhiran video juga ditunjukkan biskut berkenaan dinikmati beramai-ramai yang lain tanpa mengira bangsa.
Mesej yang cuba disampaikan adalah biskut Love Letters oleh Julie’s ini sememangnya sangat sesuai dinikmati dalam apa jua keadaan.
Tonton video Raya Julie’s di sini:
Julie’s Love Letters— Sajian Raya Sempurna Untuk Diri Sendiri & Yang Tersayang
Hari Raya lebih meriah dengan Love Letters! Kuih klasik yang penuh makna ini bukan saja sedap, tapi juga penuh keberkatan. Dengan kehadirannya di rumah, lebih bertambah ceria suasana Raya! ✨
#1. Pembungkusan Baru, Lebih Mudah Dikongsi
Love Letters kini hadir dengan pembungkusan baru yang lebih praktikal. Senang nak kongsi dengan keluarga atau kawan-kawan semasa berkumpul di Hari Raya.
#2. Nikmati Love Letters Bila-bila Masa
Kadang-kadang, kita cuma nak manjakan diri dengan sesuatu yang sedap. Love Letters adalah pilihan tepat – bila je nampak, terus teringin nak makan. Rasanya memang boleh buat mood kita lebih ceria, especially bila kita tengah stress atau perlukan masa untuk relaks.
#3. Pilihan Sesuai untuk Hadiah Raya
Kalau tengah cari hadiah untuk Hari Raya, Love Letters juga sangat mudah untuk dijadikan hadiah. Senang dapat di mana-mana kedai atau beli terus di Shopee atau Lazada.
#4. Resepi Kuih Raya
Kalau nak cuba resepi kuih Raya yang lain, Love Letters boleh jadi inspirasi. Jom sediakan dengan penuh kasih sayang untuk orang tersayang!
