Iklan Zakat Ini Buat Ramai Berfikir, Pesanan Deep Tapi Bermakna

LocalOpinion
18 Dec 2025 • 10:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Dalam kesibukan sehari-hari ulang-alik dari rumah ke tempat kerja, jarang kita nampak ada iklan yang benar-benar buat berhenti berfikir. 

Tetapi ada satu iklan zakat yang kini muncul di beberapa lebuh raya ini memilih pendekatan berbeza. Pendekatan yang tidak menjerit, tidak menghukum dan tidak mendesak dalam mengajak ke arah kebaikan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

Iklan ini dilihat efektif dalam menggalakkan orang awam menunaikan zakat kerana pendekatannya yang tidak terlalu menghukum soal dosa pahala. Akan tetapi lebih fokus dalam meninggalkan pesan dalam cara yang lembut dan tidak memaksa. Berhikmah dalam berpesan.

Kempen ini bukan hanya tentang mengutip zakat, tetapi tentang menunjukkan bagaimana zakat itu memberi perubahan sebenar kepada kehidupan mereka yang memerlukan. Ia lebih dekat, lebih nyata, dan lebih telus.

image is not available
image is not available

Zakat bukan sekadar kewajipan tahunan, tetapi satu sistem sokongan sosial yang memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan secara berterusan.

Mungkin tujuan sebenar iklan zakat ini bukan untuk memaksa, tetapi sekadar memberi peringatan, supaya kita tidak terlepas menunaikan tanggungjawab apabila tiba masanya.

Jom tunaikan kewajipan berzakat sekarang di fpx.zakatselangor.com.my atau muat turun aplikasi Zakat Selangor.

The post Iklan Zakat Ini Buat Ramai Berfikir, Pesanan Deep Tapi Bermakna first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.