Ikonik & Kreativiti Luar Biasa! AJL38 Rekod 6.4 Juta Tontonan, Paling Tinggi Sejak Tahun 2021

Entertainment
6 Mar 2024 • 3:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu yang ke-38 telah pun berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad malam minggu lalu.

Mendapat sambutan hangat

Mengikut ukuran Nielsen Audience Measurement dan Melwater, tontonan untuk AJL38 mencecah sebanyak 6.4 juta tontonan.

Jumlah tontonan itu dikatakan meningkat sebanyak 13 peratus jika hendak dibandingkan dengan AJL edisi tahun lalu ketika ia disiarkan secara langsung di saluran TV3.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Bahkan, rekod tersebut dikatakan pencapaian tertinggi sejak tahun 2021.

AJL paling ikonik!

Menurut Nini Yusof iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, AJL38 pada tahun ini merupakan AJL paling ikonik dan antara penganjuran paling terbaik.

Persembahan pembukaan memukau dan bertemakan Muzikaverse mencetuskan ilham dan kreativiti luar biasa daripada pihak stesen TV, produksi dan barisan finalis.

Dalam pada itu, jumlah tontonan melalui penstriman secara langsung di laman web dan aplikasi Tonton pada 3 Mac lalu juga mencatat peningkatan sebanyak 153 peratus jumlah jam penonton.

image is not available 3 days ago

(TAHNIAH) Lagu Hasrat Nyanyian Amir Jahari Menang AJL38, Bawa Pulang Trofi Dan Wang Tunai RM100,000!

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved