Sukanya tengok Son Ye-jin makin kerap kongsi perkembangan terkini tentang keluarganya!
Terbaru, Son Ye-jin telah memuat naik foto baru di akaun Instagramnya, di mana wanita itu dilihat sedang menikmati makanannya sambil berkelah.
Apa yang menarik perhatian, di sebelahnya, terdapat kereta sorong bayi yang dipercayai adalah milik anak lelakinya, menimbulkan persoalan sekiranya Hyunbin yang mengambil fotonya itu.
View this post on Instagram
Kemudian pada hari yang lain, seorang peminat telah terserempak dengan keluarga bahagia itu, ketika mereka sedang keluar membawa anak mereka jalan-jalan.
Menerusi foto yang dikongsi, anak sulung mereka nampaknya sudah makin membesar kini, membuatkan ramai teruja melihat kecomelannya meskipun wajahnya tidak jelas kelihatan.

Antara komen yang ditulis,
Joinlah ‘The Return of Superman’!
Comel sangattt.
Makin tertanya-tanya macam mana wajah anaknya.
Anak mereka nampak besar untuk budak 1 tahun. Mesti ikut genetik ayah dia ni.
Mesti comel macam mak dengan ayahnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Ikut Genetik Ayah” – Umur Dah 1 Tahun, Ramai Tak Keruan Lihat Kecomelan Anak Hyunbin & Son Yejin first appeared on KimchiDaily.my.

