Ikut trend TikTok, Iqbal Zulkefli minta tolong PA cari pakaian dalam wanita

Women's FashionFamily & Parenting
6 Jun 2024 • 2:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Iqbal Zulkefli minta tolong PA cari pakaian

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli minta tolong PA cari pakaian dan pakaian dalam bagi mengikuti trend terbaru TikTok dengan menyerupai wanita apabila berdandan menggunakan pakaian perempuan.

ikut trend “mak saya suruh break sebab…”

Menerusi trend tersebut, pemilik nama sebenar, Ahmad Iqbal Zulkefli telah berkongsi Point Of View (POV) apabila ada ibu mentua mahukan lelaki lemah lembut sebagai menantu.

“Mak saya suruh break sebab nak lelaki lemah lembut,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@ahmadiqbalzulkefli

Cuba bagitahu apa lagi sebab mak awak suruh kita break?! Komen!

♬ Lucifer’s Waltz – Secession Studios

Iqbal Zulkefli minta tolong PA cari pakaian untuk buat konten

Dalam video tersebut, Iqbal bukan sahaja memakai baju-baju wanita, tetapi turut berpelakuan seperti perempuan apabila memasak dan berjalan lenggang lenggok ketika menaiki tangga.

Dengan nada bergurau, usahawan itu bertanyakan kepada pengikutnya di media sosial apa lagi yang menjadi punca orang tua tidak menerima pasangan anak sehingga boleh membuatkan hubungan cinta terputus.

“Cuba bagitahu apa lagi sebab mak awak suruh kita break? Komen,” tulisnya Iqbal lagi secara berseloroh.

image is not available

Iqbal Zulkefli minta tolong PA cari pakaian dalam

Dia juga mengakui bahawa meminjam pakaian dan pakaian dalam pembantu peribadinya untuk menjayakan video tersebut di ruangan komen apabila ada yang bertanya dimanakah usahawan itu mendapat pakaian-pakaian wanita.

image is not available

Iqbal macam salah konsep je ni

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima dan rata-rata merasakan Iqbal tersalah konsep kerana lelaki lemah lembut yang diminta, bukan berubah menjadi lembut!

Ada juga yang merasakan konten Iqbal kali ini agak kelakar dan ternyata dia juga boleh melawak kerana ramai yang terhibur dengan gelagat usahawan tersebut.

image is not available

Lemah lembut bang, bukan lembut!

image is not available

Buat perangai la Iqbal ni

image is not available

Baju siapa dia rembat ni

image is not available

 

Dah buang tabiat ke hape?

 

image is not available

Sumber: TikTok ahmadiqbalzulkefli