Ikuti amanat PM sempena tahun baharu di semua saluran media tempatan 9 malam ini

31 Dec 2024 • 11:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 31 DIS: Perdana Menteri dijadual menyampaikan Amanat Tahun Baharu menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada 9 malam ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyoroti usaha dan pencapaian Kerajaan Madani sepanjang tahun ini di samping menggariskan matlamat dan hala tulu negara pada 2025.

“Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat kepada rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Sebelum ini, Anwar berkata Kerajaan Madani bertekad untuk terus bekerjamembina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang.

Menurutnya, sepanjang tempoh dua tahun Kerajaan Madani telah melaksanakan banyak inisiaitf mengangkat martabat rakyat dan negara, antaranya Sumbangan Tunai Rahmah yang memanfaatkan sembilan juta penerima B40.

Selain itu, inisiatif lain termasuklah Sumbangan Asas Rahmah kepada 8.4 juta penerima untuk membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya, serta Inisiatif Pendapatan Rakyat kepada 4,615 peserta B40, miskin dan miskin tegar bagi membantu mereka menambah pendapatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved