Ikuti Pelbagai Kisah Hantu, Nam Joohyuk & Roh Yoonseo Dilamar Terajui Drama ‘Donggung’

Entertainment
25 Jun 2024 • 2:25 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Roh Yoon-seo dan Nam Joo-hyuk dalam sebuah drama.

Terbaru menurut laporan, Roh Yoon-seo dan Nam Joo-hyuk akan muncul dalam drama baru berjudul “Donggung”, menggambarkan tentang pelbagai kisah hantu yang muncul di istana yang penuh dengan rahsia dan beberapa orang yang cuba masuk ke dalam istana itu.

Dalam drama ini, Roh Yoon-seo dijangka akan membawa watak sebagai seorang wanita yang berani dan bijak, serta mempunyai keupayaan istimewa untuk berkomunikasi dengan hantu.

image is not available

Manakala watak Nam Joo-hyuk pula akan mempunyai kebolehan istimewa untuk bertukar menjadi hantu dan membunuh hantu dengan pedangnya.

Bagaimanapun, kedua-dua agensi pelakon itu menyatakan bahawa mereka masih mempertimbangkan tawaran untuk muncul dalam drama tersebut dan tiada apa yang disahkan lagi setakat ini.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.