Ilham Centre: Tindakan Zahid tukar calon jadi punca sabotaj dalaman

18 Nov 2022 • 5:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 NOV – Tindakan Barisan Nasional (BN) menukar beberapa calon mencetuskan “tindak balas yang sukar dikawal” sehingga berisiko berlaku sabotaj di enam kerusi.

“Tindakan Pengerusi BN (Datuk Seri Zahid Hamidi) yang membelakangi dan tidak menyantuni oligarki serta proses ‘housekeeping’ parti tidak berjalan dengan baik. Akibatnya sama ada penggerak parti menzahirkan protes tidak keluar mengundi ataupun menghalakan undi kepada parti lawan.

“Kerusi seperti P026 Ketereh, P086 Maran, P095 Tanjong Karang, P126 Jelebu, P155 Tenggara dan P156 Kota Tinggi antara yang dikenal pasti berpotensi untuk berlaku sabotaj dalaman parti kepada calon baharu,” kata kenyataan firma itu yang bertajuk ‘HARAPAN di hadapan, BN dan PN bertarung di kerusi Melayu, blok Borneo penentu’.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved