ILLEGEAR memperkenalkan NEO 14 AIR OLED iaitu sebuah komputer riba yang direka untuk kegunaan profesional dan pencipta kandungan.

Antara ciri utamanya ialah paparan OLED WUXGA 14 inci 120Hz digunakan dalam tubuh peranti yang nipis serta ringan dengan berat hanya 1kg. Ia juga diperbuat daripada aloi magnesium bertujuan untuk meningkatkan ketahanannya.

Komputer riba ini dikuasai oleh CPU Intel Ultra 5 225H atau Ultra 9 285H, dengan pilihan memori sehingga 32GB LPDDR5 serta storan 500GB NVMe SSD (tersedia dua slot M.2 dengan sokongan sehingga 4TB). Baterinya menyokong pengecasan pantas melalui pengecas USB-C PD 100W.

Komputer riba ini turut dilengkapi dengan pad sentuh bersaiz besar, Thunderbolt 4 dan pengimbas cap jari. Selain itu, ia menyokong Intel Wi-Fi 6E AX untuk sambungan internet yang lebih stabil. Sistem audionya pula dilengkapi enam pembesar suara berkualiti tinggi.
Bagi yang berminat, NEO 14 AIR OLED dijual dengan harga bermula RM3,999. Pra-tempahan awal menawarkan hadiah menarik termasuk potongan harga untuk monitor Apex 27 (RM849), serta barangan percuma seperti Thermal Grizzly Kryonaut, Stix Wireless Gaming Mouse, Hive Backpack dan Illegear Carabiner Keychain.
