Ilmu Hadis Benteng Tangani Kebanjiran Maklumat Era Pascamodenisme

Opinion
25 Jun 2026 • 9:30 AM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: Ilmu Hadis Benteng Tangani Kebanjiran Maklumat Era Pascamodenisme
Prof Dr. Azmi (tiga dari kanan) serta Prof Dr. Mohamad Rozaimi (empat dari kanan) bergambar bersama warga UPSI pada Majlis Syarahan Budiman di Dewan Konvensyen, Kampus Sultan Abdul Jalil UPSI. Photo caption: UPSI

Ilmu hadis yang dibangunkan oleh ulama Islam sejak berabad-abad lalu kekal relevan sebagai panduan dalam menilai kesahihan maklumat dan menegakkan kebenaran ketika masyarakat berdepan ledakan informasi serta perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Prof Dr. Mohamad Rozaimi Ramle berkata, ilmu hadis merupakan warisan keilmuan Islam yang sangat bernilai dalam memastikan setiap riwayat yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dapat dipastikan kesahihannya melalui kaedah penilaian yang sistematik dan berautoriti.

Menurut beliau, para ulama hadis telah membangunkan sistem penilaian sanad dan matan yang begitu teliti bagi memelihara hadis daripada unsur pemalsuan dan penyelewengan.

“Sepanjang sejarah, pelbagai ideologi cuba menggugat autoriti hadis, namun usaha tersebut gagal dan hadis terus kekal sebagai sumber rujukan kedua umat Islam selepas al-Quran.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Budiman bertajuk ‘Ilmu Hadis dan Realiti Pascamodenisme: Menyuluh Kebenaran di Celah Kebanjiran Maklumat’ di Dewan Konvensyen, Kampus Sultan Abdul Jalil UPSI, hari ini.

Rozaimi berkata, cabaran yang dihadapi pada era pascamodenisme berbeza berbanding zaman terdahulu apabila muncul kecenderungan menolak meta naratif, menganggap kebenaran sebagai sesuatu yang relatif dan menerima pelbagai pandangan tanpa asas penilaian yang kukuh.

Menurutnya, perkembangan internet dan teknologi AI menyebabkan masyarakat dibanjiri pelbagai maklumat yang tidak semuanya boleh dipercayai.

“Dalam keadaan ini, masyarakat perlu memiliki keupayaan menilai sumber dan kandungan maklumat secara kritis supaya tidak menerima sesuatu dakwaan secara membuta tuli.

Beliau menjelaskan bahawa prinsip-prinsip yang digunakan dalam ilmu hadis mempunyai nilai yang signifikan dalam konteks semasa kerana menekankan aspek semakan sumber, kesahihan maklumat serta kredibiliti penyampai.

Katanya, pendekatan tersebut boleh dijadikan model dalam menghadapi cabaran penyebaran berita palsu, manipulasi maklumat dan kekeliruan fakta yang semakin ketara dalam era digital.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Profesor Dr. Azmi Mohamad menyifatkan syarahan berkenaan sebagai satu perkongsian ilmu yang signifikan dalam membantu masyarakat memahami peranan ilmu hadis dalam mendepani cabaran dunia kontemporari.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Rozaimi atas sumbangan beliau dalam bidang fiqh dan usul fiqh serta kejayaan mengharumkan nama UPSI di peringkat nasional dan antarabangsa.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved