ADTEC JTM (ILP, ADTEC, JMTI) – Permohonan & Senarai Kursus

LocalBusiness & Finance
13 Mar 2026 • 4:08 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

ILP, ADTEC, dan JMTI merupakan institusi latihan di bawah Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), dahulunya dikenali sebagai Institusi Latihan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikawal selia oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Institusi ini ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM & SKM/ST yang ingin melanjutkan pengajian ke Program TVET peringkat Sijil & Diploma di institusi ILJTM berikut:

  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

Permohonan ADTEC JTM (ILP, ADTEC, dan JMTI) boleh dilakukan melalui UP_TVET di https://mohon.tvet.gov.my/ ATAU https://application.jims.jtm.gov.my/ pada tarikh yang akan dimaklumkan/ apabila permohonan dibuka kelak.

Anda juga boleh layari portal rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) untuk mengetahui info terkini mengenai ILP, ADTEC, dan JMTI.

Rujuk cara permohonan, syarat kelayakan, senarai kursus, kelebihan setiap program dan tarikh pengambilan ILP, ADTEC, dan JMTI 2026 di bawah.

RINGKASAN ILP, ADTEC, JMTI 2026
InstitusiPenerangan Ringkas
ILP (Institut Latihan Perindustrian)Menawarkan sijil, sijil lanjutan, dan diploma kemahiran perindustrian asas di 23-24 kampus seluruh negara
ADTEC (Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Advanced Technology Training Center))Fokus diploma dan diploma lanjutan dalam teknologi tinggi di 8 kampus
JMTI (Institut Teknikal Jepun-Malaysia (Japan-Malaysia Technical Institute))Institusi teknikal berstandard Jepun di Pulau Pinang, menawarkan diploma lanjutan

Apa Itu ILP, ADTEC, dan JMTI?

ILP, ADTEC, dan JMTI merupakan rangkaian institusi latihan di bawah Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), yang dahulunya dikenali sebagai ILJTM.

Ketiga-tiga institusi ini ditubuhkan untuk melatih tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara melalui program pra-pekerjaan.

  • ADTEC JTM terdiri daripada dua puluh dua (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
  • Objektif utama adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
  • ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

KOMPOSISI LATIHAN

SIJILDIPLOMADIPLOMA LANJUTAN
Teori: 30%
Amali: 70%
Teori: 40%
Amali: 60%
Teori: 50%
Amali: 50%

Syarat Am Kemasukan

Berikut ialah syarat am kemasukan ke ADTEC JTM:

LEPASAN SPMLEPASAN SKM /ST
Warganegara Malaysia;

Berumur 17 hingga 35 tahun;
Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);

Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan

Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Warganegara Malaysia;

Berumur 17 hingga 35 tahun;
Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST);

Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan ; dan

Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Cara Permohonan ADTEC JTM 2026

Permohonan ADTEC JTM (ILP, ADTEC, dan JMTI) boleh dilakukan melalui:

  1. Portal UP_TVET: https://mohon.tvet.gov.my/
  2. Portal JiMS: https://application.jims.jtm.gov.my/

Pautan akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan/ apabila permohonan dibuka kelak.

Tarikh Pengambilan Pelajar

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu:

  • Sesi 1: Kkemasukan Januari
  • Sesi 2: Kemasukan Julai

Pengambilan adalah melalui pautan https://application.jims.jtm.gov.my/ ATAU https://mohon.tvet.gov.my/

  • Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan. Sila rujuk carta Alir Permohonan Kemasukan di bawah untuk maklumat lanjut.
  • Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.
  • Calon perlu merujuk kepada Jadual & Tarikh keputusan permohonan yang dinyatakan dalam sistem untuk maklumat mengenai status permohonan.

Senarai Kursus & Bidang Ditawarkan

Bidang yang ditawarkan merangkumi:

  1.  Kimpalan
  2.  Pengangkutan
  3.  Perkhidmatan Kejuruteraan
  4.  Pembuatan
  5.  Penyenggaraan Elektrik
  6.  Elektronik
  7.  Percetakan
  8.  Sivil
  9.  ICT
  10.  Pengeluaran Produk
Image from: ADTEC JTM (ILP, ADTEC, JMTI) – Permohonan & Senarai Kursus

Rujuk senarai kursus untuk setiap kategori di bawah:

Kategori TeknologiKodNama KursusTahap
Teknologi KimpalanA08Sijil Teknologi KimpalanSijil
A09Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)Sijil
A10Sijil Teknologi Pemasangan Paip dan GasSijil
K01Diploma Teknologi KimpalanDiploma
K12Diploma Teknologi Pemasangan Paip Minyak Dan GasDiploma
K14Diploma Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)Diploma
Teknologi PembuatanA02Sijil Teknologi Pembuatan PemesinanSijil
A04Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)Sijil
A12Sijil Teknologi Reka Bentuk Produk IndustriSijil
A15Sijil Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)Sijil
A17Sijil Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan)Sijil
A21Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Plastic Mould)Sijil
J15Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan JituDiploma
K02Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Mould)Diploma
K03Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)Diploma
K09Diploma Teknologi Reka Bentuk Produk IndustriDiploma
K15Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Die)Diploma
K18Diploma Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)Diploma
VJ14Diploma Teknologi PembuatanDiploma
LPFE45Diploma Lanjutan Teknologi PembuatanDiploma Lanjutan
Teknologi PengangkutanSTAS02/23/03Sijil Teknologi Automotif ServisSijil
A14Sijil Teknologi Kenderaan Perdagangan BeratSijil
A22Sijil Teknologi Pembaikan Struktur Pesawat – Kepingan LogamSijil
DTAS34Diploma Teknologi Pengeluaran AutomotifDiploma
VK13Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal TerbangDiploma
EK15Diploma Teknologi Pengeluaran AutomotifDiploma
Perkhidmatan KejuruteraanA01Sijil Teknologi Penyelenggaraan MekanikalSijil
A18Sijil Teknologi Minyak & Gas (Mechanical Plant Downstream)Sijil
K11Diploma Teknologi Penyelenggaraan MekanikalDiploma
VK04Diploma Teknologi Jaminan KualitiDiploma
Teknologi ElektronikB04Sijil Teknologi Instrumen PerindustrianSijil
B05Sijil Teknologi Elektronik IndustriSijil
B06Sijil Teknologi TelekomunikasiSijil
SEME03Sijil Teknologi MekatronikSijil
B13Sijil Teknologi Instrumen (Kawalan Proses)Sijil
L02 / VL02Diploma Teknologi ElektronikDiploma
L03 / VL03Diploma Teknologi TelekomunikasiDiploma
DEME34/04/VL08Diploma Teknologi MekatronikDiploma
VJ13Diploma Teknologi ElektronikDiploma
LEME45Diploma Lanjutan Teknologi MekatronikDiploma Lanjutan
LEE145Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik IndustriDiploma Lanjutan
Penyelenggaraan ElektrikB01Sijil Teknologi Elektrik (Persijilan PW2)Sijil
B19Sijil Teknologi Elektrik (Persijilan PW4)Sijil
B02Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan UdaraSijil
B17Sijil Teknologi Minyak & Gas (Instrumentation Plant Downstream)Sijil
L01Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa)Diploma
L05Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan UdaraDiploma
Teknologi PercetakanD01Sijil Teknologi Reka Bentuk GrafikSijil
D03Sijil Teknologi Litografik OfsetSijil
D04Sijil Teknologi Percetakan DigitalSijil
P01Diploma Teknologi PercetakanDiploma
Teknologi SivilC01Sijil Teknologi CADD-SenibinaSijil
C02Sijil Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu)Sijil
C03Sijil Teknologi Binaan (Bangunan)Sijil
C04Sijil Teknologi Binaan (Paip dan Sanitari)Sijil
C05Sijil Teknologi Reka Bentuk Pengeluaran PerabotSijil
C06Sijil Teknologi Binaan (Sivil & Struktur)Sijil
C07Sijil Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & FasilitiSijil
M01Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur)Diploma
M02 / VM02Diploma Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & FasilitiDiploma
M03Diploma Teknologi CADD SenibinaDiploma
Teknologi ICTF01Sijil Teknologi Komputer (Sistem)Sijil
F02Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)Sijil
F04Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)Sijil
F05Sijil Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)Sijil
G01 / VJ12Diploma Teknologi Komputer (Sistem)Diploma
G02Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)Diploma
G04Diploma Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)Diploma
G05Diploma Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)Diploma
LIKS45Diploma Lanjutan Teknologi Komputer SistemDiploma Lanjutan
Pengeluaran ProdukA06Sijil Teknologi FoundriSijil
E01Sijil Teknologi PlastikSijil
E02Sijil Teknologi SeramikSijil
K07Diploma Teknologi Polimer (Plastik)Diploma
K19Diploma Teknologi FoundriDiploma
K21Diploma Teknologi Seramik KrafDiploma
VK06Diploma Teknologi KompositDiploma
DPMP04Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)Diploma

Image from: ADTEC JTM (ILP, ADTEC, JMTI) – Permohonan & Senarai Kursus

Image from: ADTEC JTM (ILP, ADTEC, JMTI) – Permohonan & Senarai Kursus

Image from: ADTEC JTM (ILP, ADTEC, JMTI) – Permohonan & Senarai Kursus

Pemohon boleh menyemak syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan di Katalog Kursus TVET (https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog)

Laluan Akademik & Kemahiran

Image from: ADTEC JTM (ILP, ADTEC, JMTI) – Permohonan & Senarai Kursus

Yuran

Berikut ialah butiran yuran yang dikenakan untuk pelajar yang memohon ILP, ADTEC, JMTI:

  1. Sijil: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
  2. Diploma: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
  3. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut).

Fasiliti

ADTEC JTM menyediakan pelbagai kemudahan seperti:

  • Asrama
  • Dewan kuliah, makmal komputer & bengkel latihan
  • Kemudahan sukan & riadah
  • Kantin / Kafeteria
  • Perpustakaan

Kelebihan

Antara kelebihan program di ILP, ADTEC dan JMTI adalah:

  • Program Sijil yang dibiayai sepenuhnya yuran pengajian dan yuran asrama, serta elaun bulanan RM100
  • Program Diploma dengan kemudahan Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Pelajar OKU dibiayai sepenuhnya yuran pengajian dan yuran asrama dengan elaun bulanan RM300

🎉 PERCUMA Yuran Pengajian
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan

Lokasi ILP, ADTEC, JMTI Seluruh Malaysia

Image from: ADTEC JTM (ILP, ADTEC, JMTI) – Permohonan & Senarai Kursus

    Maklumat Lanjut

    Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), 
    Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
    Kementerian Sumber Manusia, 
    Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418

    Facebook : Jabatan Tenaga Manusia

    Soalan Lazim ILP, ADTEC, JMTI

    View Original Article