Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

LocalPersonal Finance
20 Oct 2026 • 10:57 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Permohonan Iltizam Pendidikan Fardhu Ain (IPFA) iaitu bantuan subsidi yuran bulanan KAFA Integrasi kepada golongan B40 Negeri Selangor Tahun 2026 telah dibuka bermula 20 hingga 31 Oktober 2026 melalui Sistem Aplikasi Kita Selangor Sepada (AKSES) https://akses.selangor.gov.my/.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai bantuan subsidi yuran ini.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

Mengenai Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA)

Iltizam Pendidikan Fardhu Ain (IPFA) ialah salah satu inisiatif kebajikan di bawah program Iltizam Selangor Penyayang yang telah bermula pada tahun 2022.

Di bawah program ini, salah satu inisiatif yang diperkenalkan adalah IPFA yang menyediakan bantuan subsidi yuran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

Subsidi yuran bulanan ini dikhususkan kepada murid-murid daripada keluarga golongan B40 yang menuntut di Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) di seluruh Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan seramai 14 ribu orang murid B40 akan menerima subsidi yuran bulanan ini di 296 institusi KAFAI diseluruh Negeri Selangor.

Pemberian subsidi yuran bulanan ini dapat membantu meringankan beban keluarga B40 bagi membiayai yuran pendidikan anak mereka di KAFAI.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bantuan subsidi yuran bulanan ini adalah pada 20 hingga 31 Oktober 2026.

Jumlah Bantuan Subsidi Yuran Bulanan

Jumlah bantuan subsidi yuran bulanan yang akan diterima oleh pemohon yang layak adalah RM30 sebulan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan subsidi yuran ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon (ibu bapa / penjaga) adalah warganegara / lahir di Selangor
  2. Pemohon adalah pengundi berdaftar atau telah bermastautin melebihi 10 tahun
  3. Anak pemohon mestilah bersekolah di KAFA Integrasi di dalam negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS.
  4. Pendapatan isi rumah bulanan pemohon mestilah tidak melebihi RM 3,000 sebulan.
  5. Permohonan terhad kepada 4 orang anak dari sebuah keluarga.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut:

1- Layari laman web https://akses.selangor.gov.my.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

2- Klik butang “Daftar Akaun”.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

3- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nama seperti di dalam Kad Pengenalan yang sah. Kemudian klik butang “Seterusnya”.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

4- Masukkan alamat e-mel pengguna yang aktif, cipta Kata Laluan (12 aksara) dan Sahkan Kata Laluan. Kemudian klik butang “Daftar Akaun”.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

5- Jika pendaftaran akaun berjaya, pengguna perlu menyemak e-mel yang telah didaftarkan bagi proses membuat pengesahan/verifikasi pendaftaran akaun. Pengguna dikehendaki menyemak e-mel yang diterima dari Sistem AKSES. Kemudian klik pada pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut untuk mengaktifkan dan mengesahkan pendaftaran akaun pengguna

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

6- Setelah pendaftaran akaun berjaya disahkan, pengguna boleh kembali ke sistem dan melakukan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan serta Kata Laluan yang didaftarkan.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

7- Selepas berjaya log masuk ke dalam sistem, halaman profil dipaparkan. Pengguna perlu melengkapkan maklumat peribadi dan klik “Simpan & Seterusnya”.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

8- Seterusnya halaman Maklumat Tempat Tinggal akan dipaparkan. Pengguna perlu mengisi lengkap maklumat tempat tinggal di ruangan yang telah disediakan. Kemudian, sila klik butang “Simpan & Selesai”.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

9- Setelah proses kemaskini profil telah selesai dan berjaya disimpan, satu notifikasi pengesahan akan dipaparkan pada skrin. Pengguna perlu klik butang “Teruskan” bagi melaksanakan proses permohonan selanjutnya.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

10- Pengguna akan dibawa terus ke halaman Papan Pemuka (dashboard) rakyat. Klik pada “Iltizam Pendidikan Selangor” dan klik butang “Lihat”.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

11- Skrol ke bawah sehingga menemui nama program iaitu program “Iltizam Pendidikan Fardhu Ain” dan klik butang “Mohon”.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

12- Pengguna akan dibawa ke laman Borang Permohonan Iltizam Pendidikan Fardhu Ain. Masukkan maklumat semua permohonan dengan lengkap dan benar.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

13- Klik pada butang “Simpan Draf” jika mahu simpan menyimpan permohonan secara sementara atau klik “Hantar” untuk buat permohonan.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

14- Klik “Ya” seperti paparan dibawah.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

15- Halaman pengesahan permohonan berjaya dihantar akan dipaparkan. Klik “Cetak Slip Permohonan” untuk memuat turun slip sebagai bukti permohonan, dan klik “Cetak Borang Permohonan” untuk menyimpan borang permohonan yang telah dihantar.

Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan ini perlu disahkan sebelum dimuat naik ke dalam sistem iaitu:

  • Salinan IC Pemohon (Ibu Bapa)
  • Salinan Penyata Gaji
  • Salinan Penyata Bank
  • Salinan Sijil Lahir Anak
  • Surat Pengesahan Sekolah Kafa Integrasi
Image from: Iltizam Pendidikan Fadhu Ain (IPFA) Selangor 2026: Subsidi Yuran KAFA Integrasi RM30 Sebulan

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Iltizam Pendidikan Fardhu Ain (IPFA)?

IPFA ialah salah satu inisiatif kebajikan di bawah program Iltizam Selangor Penyayang yang menyediakan bantuan subsidi yuran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi.

Bilakah tarikh permohonan bantuan subsidi yuran bulanan ini dibuka?

Tarikh permohonan bantuan subsidi yuran bulanan ini adalah pada 20 hingga 31 Oktober 2026.

Berapakah jumlah subsidi yuran bulanan yang akan diterima?

Jumlah bantuan subsidi yuran bulanan yang akan diterima adalah RM30 sebulan.

Apakah syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon?

1) Pemohon (ibu bapa / penjaga) adalah warganegara / lahir di Selangor
2) Pemohon adalah pengundi berdaftar atau telah bermastautin melebihi 10 tahun
3) Anak pemohon mestilah bersekolah di KAFA Integrasi di dalam negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS.
4) Pendapatan isi rumah bulanan pemohon mestilah tidak melebihi RM 3,000 sebulan.
5) Permohonan terhad kepada 4 orang anak dari sebuah keluarga.

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan subsidi bulanan ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://akses.selangor.gov.my.

Adakah saya boleh membuat permohonan secara manual?

Tidak. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai IPFA, sila layari laman web AKSES iaitu https://akses.selangor.gov.my/

Baca juga: TPNS: Permohonan Tabung Pendidikan Negeri Sabah Fasa 3 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved