Imaginur Dan Amir Jahari Bakal Gegarkan London Dan Paris Mei Ini

9 May 2024 • 2:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Filem dan muzik bersatu, konsert Amir Jahari dan filem Imaginur bakal diadakan di London dan Paris pada 18 dan 19 Mei ini

Imaginur Dan Amir Jahari Bakal Gegarkan London Dan Paris. Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38, Amir Jahari bakal mengadakan konsert di London pada 18 Mei 2024 dan di Paris pada 19 Mei 2024.

Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian Amir di aplikasi X, dia menyatakan bahawa tayangan filem Imaginur turut ada pada sebelah petang.

image is not available
Imaginur Dan Amir Jahari Bakal Gegarkan London Dan Paris

Nana Sheme turut hadir untuk pembukaan konsert Amir Jahari di London dan Paris

Tetamu istimewa termasuk pengarah filem Nik Amir, pelakon utama Beto Kusyairy, serta Amir Jahari dan bandnya. Bahkan, penyanyi kelahiran Sarawak, Nana Sheme juga akan menjadi artis pembukaan konsert Amir Jahari di kedua-dua bandar tersebut.

image is not available

Untuk pertanyaan, hubungi lightuponlight39@gmail.com atau layari laman rumahkita.eu di Instagram. Tiket boleh didapati di pautan https://rumahkita.lightup7.com. Untuk makluman, acara ini dianjurkan oleh Light Upon Light & Rumahkita.

Maklumat penting

Di London:
1pm – 5pm: Tayangan filem di Panggung Bfi Imax
8pm – 10pm: Konsert Amir Jahari di The Mermaid Auditorium

Di Paris:
12pm – 6pm: Tayangan filem di Panggung Infinite Le Grand Rex
8pm – 10pm: Konsert Amir Jahari di Café de la Danse