
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jika perasan, kebanyakan acara atau majlis seperti konsert akan mengenakan bayaran kepada peserta.
Kebiasaannya, bayaran masuk yang dikenakan adalah bagi menampung kos perbelanjaan menjayakan program tersebut.
Buat mereka yang betul-betul berminat, duit bukanlah menjadi satu halangan asalkan dapat menyertai acara yang diminati.
Namun, ada pula segelintir individu yang mempersoal harga tiket masuk apatah lagi jika program berkenaan dibuat di masjid.
Imam Masjid Beri Penjelasan Kenakan RM5 Kepada Pengunjung
Baru-baru ini, Imam Masjid Al-Busyra Merbok, Kedah, Firdaus Firabib tampil memberi penjelasan berhubung isu mengenakan caj RM5 kepada pengunjung program Malam Sejuta Selawat pada 4 Julai nanti.
Menerusi video yang dikongsikan olehnya di TikTok @firdaus_firabib, dia yang merupakan pengerusi majlis tersebut menjelaskan dakwaan kutipan RM5 yang dikutip dari pengunjung yang berunsur judi.
Malah, dia yang merupakan TikToker itu juga telah mendapatkan pandangan Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah berhubung perkara tersebut itu.
Jelasnya, ia tidaklah menjadi satu kesalahan memandangkan wang RM5 itu bukan digunakan untuk hadiah cabutan bertuah iaitu pakej umrah.
Pengunjung Yang Buat Bayaran RM5 Dapat Beg Tanda Kenang-Kenangan, Berpeluang Sertai Cabutan Bertuah
Sebaliknya, pengunjung yang mempunyai tiket akan mendapat goodies beg mengandungi air mineral dan makanan berupa roti serta kad selawat istimewa.
Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang untuk menyertai acara cabutan bertuah dalam pakej tersebut.
“Dia tak salah. Kami bukan guna duit ini (yuran kemasukan RM5) untuk beli pakej umrah.
“Kami jual tiket ini sebab kami nak bagi beg dekat hampa (korang). Beg ini ada kad, duit tu pergi mana? Duit tu nanti akan masuk dekat masjid. Kami akan beri air mineral, roti,” jelasnya.
Kongsinya lagi, kutipan bayaran dan pembelian tiket itu hanya dibuka kepada 5,000 pengunjung terawal yang berminat untuk memiliki beg tersebut sekaligus berpeluang menyertai cabutan bertuah.
Malah, dia turut mendedahkan pakej umrah yang menjadi hadiah utama acara tersebut adalah tajaan pihak ketiga (sponosor) dan bukanlah daripada wang berkenaan.
Pengunjung Tiada Tiket Masih Boleh Hadiri Program Agama
Tegas Ustaz Firdaus, pengunjung yang tidak mempunyai tiket boleh menghadiri program berkenaan.
Apa yang membezakan mereka yang membeli tiket adalah pemberian beg tersebut berbanding mereka yang tidak membeli.
Hasil semakan kami di laman web masjid tersebut mendapati, masih berbaki 2,000 tiket yang belum dibeli untuk program selama sehari itu.

Penjelasan isu tiket rm5 malam sejuta selawat yg akan diadakan pada 4 Julai nanti. #bulehtaqatu #masjidalbusyramerbok
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengurusan Masjid Beri Penjelasan, Hasil Duit Siaran Langsung Di TikTok Digunakan Untuk Pembangunan Masjid
Dalam pada itu, pihak pengurusan Masjid Al-Busyra turut memberi penjelasan selepas ada segelintir individu mendakwa imam berkenaan menggunakan duit masjid untuk kepentingan sendiri.
Sedangkan, duit yang diperolehi oleh Ustaz Firdaus Farabi khususnya hasil dari siaran langsung di TikTok telah disalurkan kepada tabung masjid untuk tujuan pembangunan seperti pembelian air mineral jemaah, bayaran penceramah jemputan dan kipas masjid.
Menerusi hantaran tersebut, lebih RM33,000 telah diinfakkan kepada Masjid Al-Busyra Merbok, Kedah hasil dari siaran live berkenaan.
Min nak meluah a.k.a beletiaq sikit ptg2 ni. Imam Itu Tidak Pernah Membela Diri… Tapi Tuhan Tahu Segalanya. Orang…
Posted by Masjid Al Busyra Merbok on Monday 23 June 2025
Ramai Beri Sokongan, Mohon Imam Abaikan Kata-Kata Negatif
Video yang telah mendapat lebih 166,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menyuarakan sokongan kepada imam berkenaan dan menasihatinya agar mengabaikan sahaja kata-kata negatif.
Tidak kurang juga ada yang menyuarakan hasrat mahu berkunjung ke program tersebut yang bakal diadakan pada 4 Julai itu.
Namun, masih ada segelintir pengguna media sosial yang terus mempersoal bayaran RM5 dikenakan kepada pengunjung walhal penjelasan sudahpun diberikan.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Tiket RM5 Untuk Majlis Agama, Macam-Macam Tak Kena, Tapi Tiket Konsert Beratus Sebaliknya Pula”

“Program Selawat Dah Kutip Sumbangan, Ada Pilihan Pula Beli Tiket”

“Diorang Tak Tahu Main Komen Je, Terbaik Ustaz, Teruskan Perjuangan”

“Matlamat Tak Menghalalkan Cara, Kalau Ustaz Buat Tak Apa, Kalau Pancing Tak Boleh”

Baca Artikel Berkaitan: Kali Ketiga Sertai Pertandingan Memancing, Remaja 16 Tahun Akhirnya Menang RM200,000 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Masjid Jadi Ruang Pertandingan Mobile Legends, Ini Penjelasan MPP UPM
Source:
