
Semalam (9 April), seorang imam di sebuah masjid di Paterson, New Jersey telah ditikam semasa sedang menunaikan solat subuh bersama jemaah yang lain.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kelihatan seorang lelaki yang sedang solat bersama para jemaah tiba-tiba meluru ke arah imam terbabit tatkala beliau dan jemaah lain sedang sujud.
Penyerang kemudian lantas menikam imam sebanyak dua kali sebelum dia bertindak melarikan diri.
Suspek berjaya ditangkap oleh jemaah masjid
Perkongsian video terbabit yang turut dimuat naik di laman Twitter @MalakIgbara juga memperlihatkan suspek berjaya ditangkap oleh jemaah masjid selepas kejadian.
Imam Sayed Elnakib has been stabbed last night during fajr prayer at the Omar Mosque in Paterson, the hatred in this world has gotten out of hand and may allah punish those who have such hatred in their heart. Please keep the Imam in your Dua’s for speedy recovery🤍 pic.twitter.com/zYCdrZWbIZ
Imam terima rawatan di hospital berada dalam keadaan stabil
Menurut laporan CBS News, mangsa Imam Sayed Elnakib, 65, dari Masjid Omar, Paterson kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital.
Difahamkan, mangsa juga berada dalam keadaan yang stabil meskipun kecederaannya melibatkan bahagian paru-paru.
Menurut laporan sama, ramai anggota polis yang memenuhi luar kawasan masjid ketika jemaah mula kembali menunaikan solat selepas insiden terbabit.
Terdapat lebih daripada 200 jemah dan suspek menikam imam lebih 2 kali
Menurut jurucakap masjid Abdul Hamdan, dalam kejadian yang berlaku dalam pukul 5.30 pagi itu terdapat sekitar 200 lebih jemaah dan sekurang-kurangnya suspek menikam mangsa sebanyak dua kali semasa imam terbabit sedang sujud. Namun rata-rata jemaah tidak mengenali suspek.
Sementara itu, Pendakwa Raya Passaic Country berkata suspek yang ditahan dikenali sebagai Serif Zorba berumur 32 tahun dan merupakan penduduk tempatan.
Zobra menghadapi beberapa pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan memilik senjata yang menyalahi undang-undang.
Source:



