Imam Meninggal Dunia Ketika Sampaikan Kuliah Maghrib Tentang Kematiaan

27 Jun 2024 • 7:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Imam Meninggal Dunia Ketika Sampaikan Kuliah Maghrib Tentang Kematiaan

Imam Masjid Al-Falah Kampung Bukit Nambua, Tok Guru Tuan Haji Ismail Bin Taib dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi milik Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nurul Amin Hamid, Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir ketika sedang memberikan kuliah Maghrib.

Ketika itu, Allahyarham sedang menyampaikan kuliah mengenai kematian di masjid tersebut.

Sebelum ini, Allahyarham pernah menjadi guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama

Selain menjadi imam masjid, Allahyarham Tok Guru Tuan Haji Ismail juga merupakan bekas guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Kampung Barokhas.

“Allahyarham juga adalah ayah kepada pengetua Sek Men Agama Al-Khairiah Ustaz Tajul Afkar dan suami kepada bekas pengetua sekolah tersebut Ustazah Hajah Zalihah Ibrahim

“Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beroleh keampunan daripada Allah,” ujar kenyataan itu lagi.

Imam meninggal dunia ketika sampaikan kuliah Maghrib, warganet kirim doa

Menjengah ke ruang komen hantaran tersebut, ramai warganet turut terkesan dengan pemergian tokoh agama yang dikagumi penduduk setempat itu.

“Kuliahnya semalam berkisar mengenai kematian, adab ziarah kubur, cara salam kepada ahli kubur serta doa-doanya. Tiba-tiba beliau senyap seketika dan terus terkulai perlahan-lahan rebah ke lantai. Innalillahiwainnailaihirojiun,” komen seorang wargamaya.

“Innalillahiwainnalillahirajiun. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh,” komen lagi seorang wargamaya.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.