Imam Terlupa Takbir, Solat Aidilfitri Diulang

22 Apr 2023 • 12:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Imam terbabit mengakui kesilapan dan menyatakan hasrat mengulangi solat sunat berkenaan yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah - Gambar hiasan oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ), Jerantut, Pahang hari ini terpaksa diulang, selepas imam terlupa melakukan lima kali takbir pada rakaat kedua.

Insiden itu berlaku selepas sebaik memberi salam, imam terbabit mengakui kesilapan dan menyatakan hasrat mengulangi solat sunat berkenaan yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah.

Ia diadakan kali kedua pada jam 8.55 pagi.

Menurut jemaah, Ruzaini Abu Bakar, tindakan imam itu segera memohon maaf atas kesilapannya dipuji.

“Tahniah kepada imam, terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat,” katanya seperti dilaporkan BH.

Seorang jemaah, Muhd Ariffin Shafie, berkata, awalnya imam itu meneruskan solat sehingga tahiyat akhir dan memberi salam.

"Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini.

“Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini,” katanya. - Getaran, 22 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved