Iman Kilafairy dah hujung-hujung, terfikir kembali tak bertudung

LocalEntertainment
3 Jul 2025 • 6:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Selebriti, Kilafairy memohon orang ramai dapat mendoakannya kekal istiqomah susulan merasakan bahawa iman di dadanya sudah berada di penghujung.

Kilafairy rasa nak buka tudung

Perkara tersebut dinyatakan pemilik nama sebenar, Syakila Nisa Jahangir Khan, 33 di platform Thread apabila meluahkan kesukaran yang dihadapi ketika ini.

“Kenapa rasa macam nak buka tudung balik eh? Tapi apabila saya fikir balik, kenapa saya kena buat kerana manusia. Patut kena buat semua kerana Allah…”

“Hujung-hujung dah iman Kila ni. Saya perlukan doa awak semua. Doa mama dah tiada,” tulisnya.

image is not available

Kilafairy dapat pelbagai kata-kata motivasi

Setelah luahan yang dibuat oleh selebriti tersebut, dia telah mendapat pelbagai maklum balas daripada peminat di media sosial yang kebanyakkan meninggalkan mesej positif serta mendoakan supaya dia terus istiqomah.

Dia turut menghargai apa yang dilakukan oleh peminatnya dan menyatakan dirinya sangat menyayangi mereka.

image is not available

Ramai yang memberikan nasihat

Komen-komen diterima di ruangan Thread miliknya juga terlihat sangat positif dengan memberikan nasihat serta motivasi agar selebriti tersebut terus istiqomah dengan apa yang dijalani kini.

image is not available

Cuba cari circle yang baik

image is not available

Ingat semula reaksi gembira bapa dapat tahu anak bertudung

image is not available

Sekadar info, anak kepada penyanyi terkenal, allahyarham Rohana Jalil ini telah membuat keputusan mengenakan tudung kira-kira lima tahun lalu apabila membuat pengumuman tersebut di media sosial.

Perkara berkenaan pastinya membuatkan para peminat berasa gembira dengan perubahan selebriti tersebut.

Sumber: Thread kilafairy